Wednesday, October 16, 2013

Bantulah PAS Pahang Siapkan Kompleksnya


Mercu tanda baru PAS Pahang

Basiron Abdul Wahab,16 Okt 2013


TEMERLOH: PAS Pahang maju setapak lagi dengan rancangan pembinaan Kompleks Al Makmur yang bakal menjadi mercu tanda baharu PAS negeri.

Sehubungan itu Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man meminta pendokong parti tidak melepaskan peluang untuk turut memberi sumbangan bagi menjayakan projek berkenaan.

Katanya, majlis pecah tanah pembinaan kompleks itu akan disempurnakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 26 Oktober  ini bertempat di tapak cadangan kompleks itu di Kerdau.

“Jika ke Kelantan kita berbangga dengan Putik, jika ke Kedah kita berbangga dengan Kompleks PAS Kedah, sudah sampai masanya bagi PAS Pahang mempunyai kompleknya sendiri,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini PAS Pahang mempunyai dua dewan iaitu Kias di Jerantut dan Darul Amin, di Temerloh.

Kompleks Al Makmur apabila siap nanti akan menjadi dewan terbesar milik PAS Pahang yang mampu menampung lebih dua ribu hadirin dalam satu masa.

PAS Kawasan Kuala Krau dalam mesyuarat agungnya baru-baru ini telah meluluskan usul meminta setiap ahli menyumbang RM100 bagi menampung kos pembinaan Kompleks Al Makmur.

Beliau berkata, kesemua 14 kawasan PAS  di Pahang dan Majlis Tindakan Pilihan Raya Dun (MTD) mempunyai pejabat operasi masing-masing begitu juga dengan perhubungan negeri namun kewujudan Komplek Al Makmur akan menjadi mercu tanda baru PAS Pahang.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkan sumbangan ke akaunMaybank Islamik 5560 5750 4469 atas nama PEMBANGUNAN KOMPLEKS AL MAKMUR.

No comments: