Monday, December 03, 2012

Apa makna Maal Hijrah 1434 bagi kita ?

Sejauhmana minda Melayu dapat dikawal dan ditunjukarah, hanya bakal terjawab pada PRU13 nanti. Ketakutan untuk berubah dan merubah kepada sesuatu yang baik kepada yang lebih baik dapatkah rakyat Melayu islam realisasikan.

Sambutan Maal Hijrah atau awal Muharram telah berlalu, para pendakwah sentuasa gunakan hujah ini dalam setiap kuliah atau seruan mereka. Tiada hijrah selepas hijrah nabi Muhammad saw, kecuali hijrah bentuk diatas iaitu daripada gelap ke terang, daripada jahat (tidak baik kepada lebih baik atau yang terbaik. 

Ini, apa cerita ? rakyat dilarang daripada berubah kepada yang lebih baik. Entahlah, ikut kaca mata mana kerajaan yang ada ini adalah kerajaan yang terbaik, walaupun negara dah nak bankrap, harga barang naik..kos hidup melonjak, prestasi sukan merudum dan macam-macam lagi, semua baik entahlah ....



Tindakan cuba tukar kerajaan eksperimen berbahaya


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Cubaan segelintir rakyat di negara ini bereksperimen menukar kerajaan merupakan tindakan berbahaya dan akan memakan diri sendiri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) berkata, tindakan itu yang dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang juga akan mengakibatkan kerugian dalam jangka masa amat panjang.

"Fikirkan, apakah bentuk transformasi dan kemajuan yang telah dibuat pembangkang dalam empat tahun memerintah selain daripada apa yang telah sedia ada dilakukan kerajaan terdahulu? Namakan bentuk perubahan serta kebaikan yang telah dibawa selama tempoh pemerintahan mereka?

"Antara perkara 'hebat' yang telah dibawa mereka sejak memerintah beberapa negeri hanyalah demonstrasi haram yang berakhir dengan keganasan, membakar sentimen rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara, membenarkan campur tangan negara luar dan politik kebencian selain sering mengambil pujian terhadap usaha kerajaan Barisan Nasional," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menegaskan, adalah berbahaya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa membuat pertimbangan adil dan teliti.

Menurut Tunku Abdul Aziz, sehingga kini, pembangkang bukan sahaja belum sepakat dalam memilih Perdana Menteri untuk mentadbir negara malah masih bertelingkah siapakah yang harus berkuasa jika memenangi pilihan raya umum.

"Bagaimana kita boleh bersedia menerima mereka yang hanya berminat dengan kuasa semata-mata? Sehingga hari ini masih bergaduh siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan jawatan-jawatan penting yang lain.

"Malaysia adalah sebuah negara kompleks yang sukar untuk ditadbir kerana dihuni oleh pelbagai kaum dan latar belakang, pengalaman apa yang mereka ada selain daripada mengkritik kerajaan selama 50 tahun," katanya.

Dalam masa sama, beliau menggesa rakyat Malaysia tidak sesekali memberi undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang kerana tindakan sedemikian akan membawa kehancuran kepada negara.
"Jika benar-benar cintakan keamanan dan perpaduan negara kita, usah tersilap langkah memberi mandat kepada golongan yang hanya dahagakan kuasa dan kepentingan politik.
"Jangan sesekali membiarkan pembangkang memporak-perandakan negara ini," tegasnya.


No comments: