Maklumat lama oleh media terhadap para pelajar Unisel yang gagal masuk ke asrama mereka. ini adalah gara-gara pengurusan 'lama' asrama Unisel yg enggan membenarkan pelajar masuk kerana gagal menjelaskan yuran asrama kepada mereka.
Kerajaan negeri Selangor sudahpun cuba menyelesaikan masalah pelajar ini. pengurusan asrama yang dianugerahkan kontrak mengurus dalam tempoh lama, bukan mengutamakan kebajikan para pelajar mereka langsung tidak ada tanggungjawab sosial. Apa yg penting dalam kepala otak mereka adalah untung dan wang yg dijanjikan.
Oleh kerana para pelajar ini, rata-rata tidak dilanjutkan wang pinjaman PTPTN . Maka mereka datang juga bagi melanjutkan semula pelajaran mereka kerana menerima tawaran pihak pengurusan Universiti untuk meneruskan pengajian.
Di Unisel pihak pengurusan asrama adalah entiti yg tersendiri dan pihak pengurusan Universiti adalah satu lagi entiti pengurusan yg lain.
Inilah yang dinamakan umnoBn bahawa mereka cekap mentadbir, tidak huru hara. semua kerana masalah 'perut' mereka sahaja yg difikirkan.
Kes yg dipaparkan ini adalah masalah kecil yg tercicir di unisel. Kini semua yg lain sudahpun dibereskan.
Umno cuba mencari peluang dan ruang burukkan kerajaan Selangor. UmnoBn adalah pensabotaj yg cekap
Pelajar lama Unisel terkandas
KUALA SELANGOR – Lebih 1,000 pelajar lama Universiti Selangor (Unisel) tidak dapat mendaftar masuk ke asrama masing-masing semalam apabila pejabat pengurusan kolej kediaman itu di sini masih tidak beroperasi.
Tinjauan Kosmo! di universiti itu semalam turut menemui beberapa kumpulan pelajar yang masih duduk menanti di hadapan Dewan Biru institusi tersebut.
Beberapa pelajar wanita juga ada yang dilihat melepaskan penat di surau asrama berhampiran apabila mereka tidak mendapat kunci kediaman dan mengakui terpaksa menumpangkan barang-barang di rumah rakan yang terletak di kawasan berhampiran.
Dua beradik dari Sabah, Nurini Anwar, 20, dan Nurhaya, 18, yang baru tiba dari Sabah berkata, mereka terkejut apabila hanya mengetahui keadaan itu sebaik sampai di situ kira-kira pukul 9 pagi semalam.
Mereka yang masing-masing merupakan pelajar semester dua bagi program Diploma Pendidikan Awal turut mengakui tidak tahu ke mana hala tuju mereka selepas itu kerana tidak ada pihak yang tampil untuk menjelaskan masalah sebenar.
“Kami tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang kira-kira pukul 1 pagi dan tidur di sana sebelum menyewa teksi dengan bayaran RM115 untuk sampai ke Unisel.
“Bila sampai di sini, kami ingatkan sudah boleh kemaskan barang-barang di asrama dan pergi kuliah seperti biasa tetapi lain pula yang berlaku,” kata Nurini ketika ditemui di sini semalam.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd. Jeffri Abu Hassan memberitahu, pihaknya sudah melakukan perbincangan dengan Bahagian Unit Kebajikan Unisel dan mereka berjanji akan menyelesaikan masalah itu segera.
No comments:
Post a Comment