Wednesday, August 08, 2012

PM yang tersesat dan teramat malang di Malaysia


Teruja dengan Najib terpanggil untuk mengulas isu ini. ia berkaitan entri jangan politikkan agama islam. Begitulah tajuk berita kelmarin, selepas Najib bercakap kepada rakyat di johor. bagi beliau ukuran Islam  fahamannya tidak bercampur dengan politik. Inilah ilmu dan pemahaman beliau setakat ini.

Bagi kita hitungan dan ukuran sangat penting dalam hidup. Kita sentiasa gunakan ilmu-ilmu pengukuran dalam kehidupan kita. Masa boleh diukur, sebagai contoh seseorang manusia akan lalui waktu senang sebelum datangnya susah, datang muda sebelum tua, hidup sebelum mati. Adalah beberapa contoh paparan kaedah pengukuran atau penilaian manusia.Kerana itu adalah politik dalam hidup, maka sekaligus menjadi politik dalam agama islam.

Dalam agama suci Islam penganutnya disuruh oleh Allah agar miliki ilmu terdahulunya , ia bertujuan untuk ukur amalannya. Sikit banyak besar pahala, arah mana pilihan kita mahu berpergian samada jalan yg dipilih syurga atau neraka. Segalanya bermula dengan ilmu. Bagi memudahkan diri kita pilih. Selepas ini jangan letakkan kesalahan pada orang lain. 

Seseorang itu, mesti miliki ilmu sesuatu sebelum ia laksanakan sesuatu perkara. Islam amat titikberatkan supaya manusia lengkapi ilmunya, justru islam wajibkan para penganutnya menuntut , cari , gali dan miliki ilmu samada duniawi dan ukhrawi yg manusia moden kini pecah-pecahkan (anutan baru digelar sekularisme). 

Isi kandungan pengajaran Al Quran merangkumi soal wajib sunat makruh yg dirukunkan dalam kehidupan manusia. Sebeermula asuhan Islam diajar daripada masuk tandas sehingga memerintah negara.

Ini adalah gambaran kaedah pengukuran tahap intelektual manusia. Oleh itu sebagai menjadi pemimpin manusia mesti daripada kalangan kamu yg cerdik. Dalam Islam mereka yg cerdik dan pandai adalah mereka yg ikut suruhan Allah tinggalkan larangan Allah. melalui panduan manual adalah al Quran sendiri.

Ilmu politik pragmatikisme Najib sukar difahami. Ilmu yg beliau miliki adalah Islam terlalu amat suci dan tidak boleh dicampurkan dgn politik. Inilah antara fahaman atau isme yg pihak gereja buat. Ditelusuri diri dan sejarah Najib beliau banyak habiskan masa menuntut ilmu di sebelah barat. jadi ibu yg mendidik beliau adalah barat.

Justeru jika dia bercakap macam itu, kita tidaklah pelik sangat dan terkejut sangat. itulah wajah  Najib sebenarnya. Maka seluruh rakyat juga kena tahu.

Nampak macam tahu tetapi dia tidak tahu yg dia tak tahu. Ramai kalangan agamawan sekeliling Najib gagal memberitahu dan memberi nasihat yang betul.

Semasa pemerintahan khalifah Umaiyyah Umar Abd Aziz beliau melantik seorang ulama yg kerjanya memperbetulkan Umar dgn mencekak leher baju Umar jika dia gagal memerintah dan membuat salah tidak mengikut seperti yg Allah arahkan.

Beliau adalah seorang yg kaya sebelum jd khalifah Amirulmukmin, dipenghujung sampai mati beliau adalah orang yg miskin.

Justeru amat malang bagi kita perkara asas seumpama itu gagal difahami oleh PM yang dikasihi ini.

Agama Islam Tidak Harus Dipolitikkan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bersalaman dengan para tetamu ketika menghadiri Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran serta berbuka puasa bersama Perdana Menteri di Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai, Johor, Isnin.
JOHOR BAHARU: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata agama Islam tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak di negara ini.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, agama Islam seharusnya diletakkan di tempat yang paling tinggi, sekali gus banyak permasalahan yang membelenggu umat Islam pada masa kini dapat diatasi.
"Jika politik mengatasi Islam dan diletakkan lebih tinggi maka banyak permasalahan menghantui umat Islam dan menyebabkan perpecahan yang kini telah jadi punca kelemahan umat Islam dan menjadi punca musuh-musuh Islam perlekehkan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis tadarus dan khatam al-Quran serta majlis berbuka puasa di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai di sini, Isnin.
Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abd Ghani Othman dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri sentiasa mengutamakan Islam dalam mentadbir urus negara dan mengikut landasan serta tuntutan syiar Islam.
"Kita memajukan pentadbiran negara kita berdasarkan syariah dan itulah tuntutan Islam kepada kita dan antara lima perkara yang kita lakukan ialah menjaga Islam, sebab itulah kita dikenali negara Islam.
"Kita juga menjaga akidah Islam, jaga akhlak Islam, meningkatkan syiar Islam, menyediakan prasarana Islam, perundangan Islam dan sebagainya," katanya.
Perdana Menteri berkata kejayaan kerajaan menguruskan Malaysia dengan baik walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran mendapat pengiktirafan negara Islam yang lain sehingga menjadikan negara ini sebagai model negara Islam yang berjaya.
Dalam masa yang sama, katanya kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan kepada rakyat dan menyalurkan pelbagai jenis bantuan yang tidak dapat diperoleh di mana-mana negara di dunia ini.
"Malam tadi (semalam) saya berada di Bachok, Kelantan, rupanyanya ada bantuan yang saya sendiri tidak tahu iaitu bantuan gangguan binatang buas. Kalau kena patuk ular boleh dapat bantuan, mana ada kerajaan di dunia berbuat demikian," katanya.
"Inilah kerajaan yang jaga kebajikan kita secara menyeluruh di mana konsepnya kita hendak Islam dan dalam masa yang sama kita juga mahukan kemajuan serta pembangunan.
"Kita tidak mahu Islam dikaitkan kemiskinan, kita tidak mahu Islam dikaitkan dengan kelemahan dan kita mahu Islam yang dikaitkan dengan gagah serta perkasa kerana Allah sayangkan orang yang berjaya," katanya.
Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum menikmati hidangan bersama Muhyiddin serta pemimpin parti komponen B Nyang lain.Beliau selepas itu menunaikan solat Isyak dan Tarawih sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

No comments: