Sunday, August 05, 2012

Lebuhraya Rakyat : Tindakan kerajaan melayu Umno amat kuno dan tudak bertamadun

Selepas 55 tahun saya sebagai rakyat Malaysia sedih sangat melihat kerajaan Kelantan terpaksa terkial-kial ke hulu hilir mengutip dan mengumpul dana daripada rakyatnya semata-mata mahu membina Lebuhraya untuk rakyat dengan nilai RM1.8 billion sahaja..


Mana perginya semangat roh keperihatinan tanggungjawab kerajaan Pusat mengamalkan dasar federalisme. Sememangnya lebuhraya itu dibina bagi kegunaan bersama rakyat tanpa mengira fahaman dan ideologi politik. 


Lebuhraya yang dinamakan sebagai lebihraya rakyat sejauh 71 km menghubungkan bandar KB-Kuala Krai. Sememangnya kini rakyat nampak simpati sungguh dan bertali arus menderma duit bagi melihat lebuharaya berkenaan direalisasikan.


Kerajaan Melayu UmnoBn yang seringkali minta orang lain mengetepikan apa sahaja perasaan kini memang tidak langsung ada perasaan. 


Sikap pilih kasih bersikap mendera dan membuli mana-mana kerajaan negeri yang tidak sealiran dengan kerajaan pusat adalah amalan buruk kerajaan UmnoBn. Langsung tidak pro dalam hal ini.


Rakyat teramai haruslah membuka mata dan minda khasnya kepada para pengundi tegar serta penyokong setia Umno di Kelantan. Buka lah minda anda dan tinggallah terus Umno buat selama-lama.


Kita sudah tidak ada masa untuk berpolitik merosakkan ummah semacam ini, Rosaklah islam yang kita anuti di mata bukan islam.





Lebuhraya Rakyat: Lebih RM4 juta sudah terkumpul

Hazayani Zakaria,05 Ogs 2012
SHAH ALAM: Lebih RM4 juta sudah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai bagi membina Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK).


(Tuan Guru Nik Aziz melancarkan kempen tabung amanah pembinaan lebuhraya di Komplek Karangkaraf semalam)

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, sumbangan masih diperlukan kerana kos keseluruhan adalah RM1.8 bilion dan ia masih berkurangan.

"Orang ramai masih boleh terus memberikan sumbangan terus kepada tabung  Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd," katanya kepada pemberita selepas pelancaran tabung amanah pembinaan KBKK di Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, dekat sini malam itu.

Pelancaran tersebut disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri dengan disaksikan kira-kira 1,000 anak Kelantan yang hadir.

Berucap di majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan di Perantauan (Perakan) itu, Husam berkata, penubuhan dana itu akan membuktikan kepada kerajaan pusat bahawa rakyat Kelantan mampu berusaha mendapatkan prasarana terbaik walaupun tanpa bantuan kerajaan pusat.

"Bila kita buka wakaf lebuh raya mereka (kerajaan pusat) ejek dengan perbuatan dan perkataan.

"Tapi tunggu mereka bagi peruntukan mereka tak bagi. Pembinaan ini bukan bererti membina sekaligus di luar kemampuan kita," katanya.

Husam menjelaskan kerajaan negeri telah mendahulukan wang untuk pembinaan lebuh raya empat lorong dua hala sepanjang 73 kilometer itu

Hasil sumbangan orang ramai  katanya akan turut digunakan untuk membina lebuh raya jajaran bertingkat dari Kota Bharu ke Wakaf Che Yeh yang menelan belanja RM500 juta.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Majlis dimulakan dengan taklimat wakaf dan majlis berbuka puasa dan solat terawih berjemaah.




No comments: