Sunday, August 05, 2012

Antara Idealogi Kebajikan Dan Idealogi Politik

Kenyataan wanita kedua atau second Lady malaya Datin Nooainee A Rahman  memang kena sangat pada masa dan tempatnya. Semua pihak mahukan seruan itu direalisasikan. 

Dalam apa hal mahupun dalam apa jua keadaan ideologi politik lah sering memangsakan mangsanya. Lebih berat jika kita perbandingkan dengan keretakan, kesusahan, penderitaan, kepayahan umat di negara-negara luar khusus dengan pegangan ideologi yg berbeda-beda. Dalam hal ini rakyat Kelantan tahu faham dan mengerti dengan apa yg dimaksudkan oleh datin berkenaan.

Kepayahan itu disebabkan para pemegang ideloginya akan berusaha dan mengusahakan pegangan itu dianuti secara paksa oleh orang lain. Sementara orang itu sudah pun mempunyai idelogi mereka yakini sendiri.

Sebenarnya, jika umat manusia yakini dan percaya sungguh idelogi-ideologi lain adalah palsu belaka. ideologi yang sebenar-benar adalah apa yang ALlah rasul pandukan melalui kitab suci-Nya itu lah sebagai idelogi agung.

Seringkali manusialah yang dikurniakan akal lah yang menjadikan keadaan ideologi itu dipelbagaikan kerana mahu menjaga kepentingan diri sendiri mengikut kaca mata dan neraca bacaan mereka.

Seandainya umat manusia mengikut apa yang Allah pandukan. Jangan dipisahkan antara agama dengan kerjabuat dalam hidup. Tidak akan timbul istilah idelogi politik seperti yg Barat ajar kepada penganut mereka.

Justeru penting cendikiawan Islam mencelikkan minda pemikiran pemimpin negara Umat islam agar aligment kepala otak mereka dibetulkan.


Bagi kita sepatutnya Datin seru dan tiupkan ke telingan Dato lah. Kerana dia seorang islam. Mungkin Datin ini bolh diibaratkan persis isteri Firaun agaknya.. dari segi jalan cerita. Mudah-mudahan kita sama-sama doakan



Perbezaan Ideologi Politik Perlu Diketepikan Demi Laksanakan Kebajikan - Norainee

KUALA LUMPUR: Sebarang percanggahan ideologi politik serta perbezaan kepercayaan dan budaya perlu diketepikan dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, kata isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Dengan mengambil contoh Umno, beliau berkata walaupun ia merupakan sebuah pertubuhan politik, namun usaha ke arah membantu mereka yang kurang bernasib baik sentiasa diberi keutamaan.
"Ia selaras dengan aspirasi kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan budaya," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri 2012 Umno Bahagian Cheras di sini, Sabtu.
Pada majlis itu, Noorainee menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai RM200, kain, beras serta barangan keperluan harian kepada 500 penerima terdiri daripada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya dalam Parlimen Cheras.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, yang juga Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC). Sementara itu, Syed Ali berkata tahun ini pihaknya menyasarkan 2,000 penerima yang layak dalam Parlimen Cheras akan mendapat bantuan Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata peningkatan jumlah penerima berbanding 1,000 orang pada tahun lalu disebabkan pertambahan jumlah sumbangan yang diterima oleh Umno bahagian Cheras dan YPC.
Katanya pada tahun ini Umno bahagian Cheras dan YPC mendapat sumbangan RM400,000 daripada orang perseorangan, pihak korporat serta jabatan dan agensi kerajaan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
Seorang penerima Ieyah Lembek, 78, ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan terima kasih terhadap bantuan yang diberikan.
Warga emas yang juga ibu tunggal kepada 10 orang anak itu berkata bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban menyambut 1 Syawal. Vijaya M.Arokian, 43, juga mengucapkan terima kasih kepada Umno Cheras kerana walaupun bantuan diadakan sempena Hari Raya Aidil Fitri, namun kaum lain tidak diabaikan. -BERNAMA

No comments: