Saturday, August 04, 2012

Kuasa melayu: Dendangan meruntun jiwa Melayu

Untuk kesekian kalinya lagi nama Melayu dibesarkan dalam membangkitkan kerja buat kerajaan Bn. Ulangan kali ini ulangan lagu-lagu lama. iaitu kerajaan Melayu Umno terakhir ini merayu sesunggu-sungguhnya supaya  rakyat pertahankan atas kekuasaan Melayu itu. Melayu dipersepsikan hilang maka bakal malanglah nasib umat Melayu dimuka bumi ini.

Ulangan lagu lama ini siang hari mereka irama dan dendangkan alunan lunak seloka Melayu dan kemelayuan akan ranap jika tiada institusi pembela bernama Umno , malamnya lain ceritanya pula berlaku sebaliknya. Bukti dan pembuktian sudah berapa banyak mereka gadaikan hak-hak rakyat atas nama Melayu dan Kemelayuan demi kemajuan dan pembangunan bangsa atau ummah.  Melayu yang membela itulah yang malamnya menjadi  pengkhianat bangsa Melayu. 


Tidak ada tujuan lain, tujuan mereka satu membesar-besarkan Melayu semata-mata mahu terus menerus memenangi hati Melayu bagi kekalkan sokongan sekaligus kekalkan kekuasaan mereka.

Umno Bn adalah dinasti terakhir Melayu yang mendakwa mereka tidak meminggirkan kaum lain. mana mungkin dalam satu masa yang sama kita dapat mampu membuat benda yang serupa , itu tidak mungkin  kecualilah makan sambil berjalan. Itupun tidak sempurna. Jika makan duduk mereka akan dapati hidangan lebih kerana ia duduk setempat. Makan sambil berjalan makan sekadar roti atau benda-benda yang kecil, lain lah makan secara berhadap barulah dapat nikmati hidangan yang lazat dan lebih banyak benda yang lain dapat dinikmati.

Menilai kejayaan dan prestasi melayu sepanjang 55 tahun, marilah kita bariskan setakat dan sejauhmanakah pencapaian Melayu.  Daripada sini barulah kita berikan situasi kejayaan dengan indeks kejayaan sederhana, lemah ataupun cemerlang.

Baris yang pertama daripada 26 kementerian menteri Melayu adalah seramai 



Membela Nasib Melayu Kejayaan Terbesar Felda - Rais
JELEBU: Membela nasib masyarakat Melayu khasnya tanpa meminggirkan hak kaum lain merupakan antara kejayaan terbesar yang dilakar Felda, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Justeru, beliau berkata perjuangan dalam memastikan survival bangsa Melayu terutamanya daripada aspek ekonomi tidak wajar dipertikai mana-mana pihak.
"Dalam landskap sosio-politik negara kini, pihak yang enggan mengakui hakikat kejayaan Felda telah menjadikannya sebagai polemik politik," katanya pada majlis berbuka puasa Parlimen Jelebu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lui di Masjid Felda Lui Muda, di sini Selasa.
Sehubungan itu, beliau berkata peneroka termasuk penerokawati serta golongan belia di kawasan Felda perlu memainkan peranan menangkis dakyah pihak tertentu sekaligus dapat menjayakan agenda transforamsi yang dilaksanakan.
Katanya Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan dan Rancangan (JKKR) Felda juga perlu melakukan pemantauan masalah sosial di kawasan Felda dan menganalisa kejayaan serta pembangunan yang diperoleh masyarakat Felda bagi menangkis semua tuduhan yang dilemparkan terhadap agensi itu.
Beliau berkata JKKR Felda juga perlu melipat gandakan usaha dalam mengenal pasti peneroka atau anggota keluarga tanah rancangan itu yang masih memerlukan bantuan.
"Kalau kita tanya misalnya berapa graduan yang berkhidmat di luar kawasan, di kawasan Felda ini berapa buah kereta ada, ini mesti kita intisarikan kerana ini adalah hasil perjuangan kita," katanya.
Pada majlis itu, Rais yang juga Anggota Parlimen Jelebu turut menyampaikan durian runtuh kepada peneroka Felda yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, bagi fasa kedua berjumlah RM1.65 juta kepada 213 isteri peneroka.
Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan RM110,000 sebagai peruntukan pembinaan dewan orang ramai di Felda Lui Timur dan bantuan membaiki masjid serta surau di kawasan DUN Sungai Lui yang berjumlah RM1,000 sebuah. - BERNAMA

No comments: