Sunday, July 08, 2012

Apa erti sewenang-wenang kepada Umno dan rakyat

Merujuk kepada soal tindakan sewenang-wenangnya dalam melakukan sesuatu perkara, perkataan yang dipancarkan melalui mulut menteri UmnoBn. Tidak apa yang tidak betul tentangnya. Semuanya nampak baik atas nasihat dan ingatan serta saranan bapak menteri berkenaan, Di atas ucapan sedar  beliau itu kepada kita semua. Kita  harus berbangga dengan sikap beliau itu. Tetapi adakah ucapan sedemikian sudah cukup dan selari mahupun seiring dengan apa yang parti dan kerajaan beliau wakili. Ini kerana beliau bercakap atas kapisiti sebagai seorang menteri yang mewakili kerajaan yang diwakilinya ?


Beliau bercakap dengan pandangan ramai orang dan orang ramai agar menteri berkenaan umumkan pula penurunan harga minyak RON95, iaitu sejenis minyak murah yang digunakan oleh ramai orang dan orangramai. Itulah mungkin maksud tersirat yang cuba dipancarkan.


Jelas beliau harga minyak yang digunakan rakyat teramai tidak boleh diturunkan dengan sewenang-wenang. Itu adalah prinsipnya dan juga prinsip yang dipegang oleh kerajaan yang diwakilinya.

Tetapi dalam masa yang sama harga minyak dinaikkan menteri dan kerajaan dan kabinet dengan sewenang-wenangnya. Pengumuman mengejut dan dinaikkan secara mengejut.

Apa motif RON 97 diturunkan dalam masa 3 bulan sebanyak 2 kali pun rakyat tidak faham, Tetapi harga minyak berkenaan tetap juga mahal. Maknanya harga minyak berkenaan diturunkan dengan sewenang-wenangnya.

Mungkin pengusaha stesen minyak bersungut dan mengancam kerajaan mereka mahu mengalihkan sokongan kepada PR pula pada PRU13 nanti. Itu sahaja yang boleh mengubah keputusan kerajaan kerana Putrajaya akan dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Ikrar PM kepada Himpunan Belia di Putrajaya sedikit masa yang lalu.

Bercakap soal sewenang-wenang, mari kita teliti cakap serupa bikin atau sebaliknya. kerana najib PM 1 Malaysia kata dialah satu satu PM yang Cakap Serupa Dengan Bikinnya. Atau adakah Najib yang hanya menjadi PM yang cakap sahaja BESAR tetapi kemenangannya tidakpun BESAR.

Tetapi bila keraajaan berbelanja juga janganlah secara sewenang-wenang terbaru Projek MRT (Sistem Bersepadu Transit Lalulintas ) diberitakan anggaran belanja naik daripada RM50 atau RM60 billion kepada RM100 billion.

Kini, kerajaan sewenang-wenang menutup kes NFC dan Shahrizat didapati tidak bersalah. Sepatutnya suaminya dan anaknya lah yang disabitkan. Macam mana boleh terlepas


Terkini kerajaan meluluskan sewenang-wenang akta APJ98 dengan mengenakan kompuan 3 kesalahan daripada RM300 maksimum kepada RM1500. Dan banyak lagi tindakan sewenang-wenang oleh Umno Bn




RON95 Tidak Boleh Diturun Sewenang-wenang: Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak boleh sewenang-wenang menurunkan harga petrol RON95 walaupun harga minyak mentah menurun di pasaran dunia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan perlu melakukan kajian sebelum mengambil keputusan untuk menurunkan harga minyak petrol RON95 kerana ia merupakan bahan bakar bersubsidi.

"Penurunan harga minyak petrol RON95 adalah tertakluk kepada penurunan harga minyak di dunia. Namun, kerajaan hanya dapat melaksanakan penurunan harga minyak RON95 sekiranya tanggungan subsidi oleh kerajaan mencapai tahap kosong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Francais Antarabangsa Malaysia 2012 (FIM2012) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Jumaat.

Harga petrol RON95 dijual pada RM1.90 seliter selepas subsidi kerajaan sebanyak 53 sen seliter.
Ismail Sabri berkata sehingga kini, kerajaan menanggung subsidi untuk RON95 sebanyak RM6.6 bilion.
Katanya, kerajaan mampu menurunkan harga petrol RON97 susulan penurunan harga minyak mentah dunia kerana harga RON97 tidak disubsidi tetapi ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran dunia.

"Saya harap rakyat faham bahawa harga RON97 turun tidak bermakna harga RON95 juga turun," katanya.
Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa 5 Julai.
Mengulas mengenai janji Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengurangkan minyak petroleum sekiranya pembangkang menawan Putrajaya, Ismail Sabri berkata: "Dia boleh janji apa saja. Jadi, janji memang senang, dan janji cakap semua percuma pun boleh". - BERNAMA

No comments: