Tahniah ke atas adun Johor Dato Ayoub Rahmat, Adun Kemelah atas keberanian beliau mencadangkan kepada kerajaan yang diwakili supaya Johor dijadikan sebagai negeri pertama laksanakan hukum hudud.
Seruan YB Ayub menterkedukaan semua pihak dalam Umno dan termasuk rakan-rakan dalam Bn.
Tindakan terpuji Ayub atas apa niat beliau sekalipun kita tetap sanjungi. Daripada Dun Dun negeri yang dikuasai Umno Bn belum pernah sebelum ini yang bercakap seperti YB Ayub Rahmat.
Yang menghairankan kita semua Umno dan media pro Umno tidak lah pulak membangkitakn cadangan Ayub sebagaimana biasa. Sebaliknya cadangan Ayub dipersalahkan dan dinampakkan ianya salah.
Pengeran, para hubaya yang selama ini bercakap Islam sebagai pendokong dan penyokong parti Melayu terbesar dunia gagal menampakkan kepahlawanan mereka dan rakyat tertanya-tanya ke mana mereka termasuklah juga Perkasa dan pekida NGO pengampu itu
Mana yang lain ...

Ayub cadang Johor terajui hukum hudud
3 Julai 2012
SENAI - Johor diharapkan dapat menerajui pelaksanaan hukum hudud ‘sebenar’ yang meliputi semua kaum di negara ini berbanding hukum hudud dilaungkan Pas.
Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang turut mengakui ada membangkitkan cadangan menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukuman berkenaan.
Ayub berkata, cadangan itu dibangkitkan pada 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-12 dan Sidang Dun pada Disember tahun lalu.
Menurutnya, cadangan pelaksanaan hukum hudud sebenar yang dilaungkan olehnya itu boleh dimulakan dengan memberikan kefahaman berhubung hukuman berkenaan kepada semua masyarakat khususnya golongan bukan Islam.
“Dalam Sidang Dun, memang saya ada cadangkan supaya Johor menerajui hukum hudud sebenar yang berbeza hukum hudud dinyatakan oleh Pas.
Sebab kita lihat, Pas banyak kali menggunakan hukum hudud untuk tarik sokongan.
“Kanun Jenayah Syariah dilaksanakan Pas seperti Kanun Jenayah Syariah II (1993) (Hudud Kelantan) tidak menggambarkan kehendak Islam (hudud) yang menyeluruh dan melibatkan semua kaum.
“Jadi, saya mencadangkan hukum hudud sebenar yang meliputi semua kaum di negara ini dapat diterajui Johor.
Di sini, penting untuk kita beri kefahaman kepada semua masyarakat terlebih dahulu menerusi seminar atau pembentangan supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Ayub berkata, kefahaman yang betul adalah kunci utama hudud diterima semua kaum merentasi kefahaman agama ketika zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW.
“Saya sedia maklum bahawa perlaksanaan hudud di peringkat nasional hanya akan berlaku dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Jadi atau tidak, terserahlah kepada ALLAH.
“Kita bukan nak takutkan orang menerusi hukum hudud, namun tidak salah sekiranya kita memberi kefahaman berhubung hukuman ini kepada umum,” katanya

Isu hudud: MCA saran Ayub sertai Pas
3 Julai 2012
JOHOR BAHRU – MCA menyarankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat meninggalkan Umno dan menyertai Pas jika ingin melaksanakan hukum hudud di Johor seperti yang dicadangkan beliau.
Setiausaha Penganjur Nasional MCA, Datuk Tee Siew Keong berkata, Ayub seharusnya lebih sensitif mengenai pendirian MCA berhubung perkara terbabit sebelum melontarkan ideanya.
“MCA percaya bahawa ini adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian Umno atau Barisan Nasional.
“Jika beliau serius mahu hudud dilaksanakan di sini, mungkin dia harus meletak jawatan dari Umno dan seterusnya menyertai Pas,” katanya pada sidang akhbar di Kelab Media Cina Selatan di sini, hari ini.
Siew Keong berkata, pandangan Ayub tidak mencerminkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai hukum hudud belum boleh dilaksanakan kerana kepelbagaian kaum dan berbilang agama di negara ini.

1 comment:
Tahniah kepada YB Ayub.Walau apapun nawaitunya ia adalah selari dengan tuntutan Islam.Jangan pedulikan cacian daripada puak2 BN terutamanya pelakon utama dalam video lucah tu.
Post a Comment