Friday, July 13, 2012

Banyak Sangat Program mengaut Habiskan Duit Rakyat -

Setiap saat siapa sahaja menteri mewakili umno akan berusaha semaksimaka mungkin bagi memcipta dan membuka peluang dengan melontarkan pelbagai idea. Ideaa yang sedikit sahaja daripada keluarbiasaannya bakal diterima pakai kerajaan menjadi pilot projek dan apa sahaja. Semua itu tidak lebih niat mereka untuk apa bukan mahukan hasilnya tetapi mahu membina dan membuat projek.

Dibawah mungkin ramai yang tidak mengetahui langsung akan 1MDB - Mengubah Dimensi Baru Pelajar , yang antara lain mahukan pelajar yg tidak cemerlang menjadi cemerlang.

Bagi kerajaan Umno kecemerlangan dan ukuran kecemerlangan dinilai dengan ukuran A pencapaian dan berapa banyak pemilikan A bagi seseorang pelajar.

Biarpun kita tahu pelajar-pelajar yg cemerlang A inilah pelajar-pelajar yg hancur, rosak, tiada akhlak, gadai songlap dan derhaka kepada kedua ibuabapa dan sebagainya yang terlahir kini. jika tidak kenapa indek permasalahan sosial negara tidak pernah surut dan duduk dalam keadaan bertahan.

Semua kerana kedurjanaan perancangan pihak berwajib. Inilah jika terlalu lama sangat berkuasa sehingga kering idea, di sampin ALlah SWT tidak memberi berkat dan redha dengan pemerintahan seumpama ini.

hasilnya rakyat derita dan masyarakat menuju kepunahan ..


1MDB Umum RM20 Juta Dana PIBG

KUALA LUMPUR: Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Jumaat memperluaskan lagi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) melalui pengumuman peruntukan berjumlah RM20 juta untuk Dana PIBG, satu platform yang memberi bantuan kepada PIBG menjayakan aktiviti dan program di sekolah.
Pengerusi Anggota Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin berkata dana tersebut bertujuan untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada PIBG sekolah kerajaan mahupun sekolah bantuan kerajaan menjalankan aktiviti pendidikan, kokurikulum dan infrastruktur.
"Berdasarkan penyelidikan, kami dapati antara masalah utama dihadapi PIBG adalah bagi mendapatkan dana mencukupi untuk mempertingkat kemudahan sekolah serta menjalankan kelas tambahan kepada murid yang kurang berkemampuan serta mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif terutama bagi sekolah di luar bandar. "Justeru Dana PIBG ini dilancarkan bagi membantu meringankan beban PIBG dalam melaksanakan aktiviti pembangunan murid dan sekolah," katanya semasa melancarkan dan menyerahkan Dana PIBG kepada 11 penerima perintis di sini.
Lodin Wok berkata sebagai permulaan dana ini diserahkan kepada PIBG sekolah yang terletak berhampiran dengan kawasan pembangunan Kuala Lumpur International Financial District (KLFID) yang merupakan projek strategik 1MDB.
Menurut beliau lagi dana ini juga boleh digunakan untuk tiga jenis pembiayaan termasuklah aktiviti berasaskan pendidikan seperti penganjuran kelas tambahan, aktiviti kokurikulum seperti aktiviti sukan dan penambahbaikan infrastruktur berskala kecil seperti menaiktaraf makmal komputer.
Katanya permohonan Dana PIBG terbahagi kepada dua iaitu untuk sekolah menengah dengan peruntukan maksimum RM50,000 manakala sekolah rendah layak memohon peruntukan sehingga RM30,000.
Sementara itu, Yang Dipertua PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Imbi, Law Seah Keong, 36, berkata beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan khususnya 1MDB yang meluluskan permohonan persatuannya.
"Peruntukan maksimum sebanyak RM30,000 yang diterima ini akan digunakan untuk menampung kerja penyelenggaraan sekolah yang semakin meningkat dan untuk menaik taraf kantin sekolah yang sudah uzur demi keselesaan murid. "Pemberian dana ini juga sangat tepat pada masanya kerana kami mengalami defisit sejak tiga tahun lalu kerana penurunan jumlah murid dari lebih 1,000 ke sekitar 300 orang tetapi kos penyelenggaraan sekolah tetap tinggi," katanya.
Bagi Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan (L) Jalan Pasar 2, Nordiana Mustafa Kamal pula pihaknya berasa sungguh gembira dan teruja apabila sekolah tersebut terpilih untuk menerima sumbangan dana PIBG ini.
"Walaupun sekolah kami baru dan pelajar hanya 33 orang sahaja namum kami akan menggunakan dana yang diberikan sebaik mungkin terutama dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti membantu pelajar-pelajar miskin, kem-kem kecemerlangan pelajar, kelengkapan aktiviti kokurikulum dan sebagainya." katanya.
Nordiana turut menggalakkan PIBG lain di seluruh negara supaya menghantar permohonan kepada 1MDB bagi mendapatkan sumbangan dana seterusnya memastikan kelangsungan aktiviti anjuran persatuan tersebut demi pembangunan pendidikan generasi akan datang.
PIBG sekolah yang berminat untuk memohon Dana PIBG 1MDB boleh berbuat demikian dengan melayari laman web www.danapibg.com.my. -BERNAMA

No comments: