Wednesday, May 16, 2012

Politik Melayu: Antara prinsip dan merajuk ?

Kajian sikap tabiat orang Melayu, satu masa dahulu diperdebatkan dalam media massa.Ada pendapat yang pro dan kontra terhadapnya.

Namun satu kajian simple tetapi amat bermakna kepada orang Melayu adalah perkataan-perkatan yng sering orang melayu gunakan seharian dalam menjalani kehidupan mereka. Antara perkataan yang digunakan ialah biarlah, nanti dulu, tunggulah, tak apa dan sebagainya yang sering menjadi sebutan utama dalam diri orang Melayu.

Konotasi perkataan - perkataan yang bersifat defensif menjadi perlambangan bagi orang Melayu dan kaum lain mudah mengerti dan ada yang ambil kesempatan di atas sikap kealpaan orang Melayu itu.

Situasinya pelbagai, perkataan khas yang sering diberikan ketika kecewa terhadap sesuatau hal perkataan tertentu yang digunakan. Selain itu, perkataan dikala kecil hati, merajuk, dan sebagainya amat mudah dimengertikan oleh kaum lain.

Ini adalah proses, begitulah juga dalam situasi dunia politik Melayu. Orang Melayu cepat merajuk, tidak kira dia dari kumpulan kerajaaan atau oposisi. Sikap dan identiti politik melayu pembawaan nya adalah sama.

Teramatlah jarang pemimpin politik Melayu yang tegas dan berprinsip apatah lagi mempertahankan prinsip.

Terkadang pemimpin Melayu tidak dapat membedakan antara prinsip diri, prinsip perjuangan dan prinsip diri dalam hidup. Apatah lagi dalam dunia politik 
yang lebih berprinsip.

Justeru, jika seseorang itu kuat prinsipnya dan ingin teruskan prinsip dia wajar perjuangkan sehingga prinsipnya diterima.

Lsngkah mengundurkan diri dalam perjuangan dan dalam masa sama demi prinsip bukanlah seorang ahli politik yang tulen dan tegar prinsipnya.

Jika tegar dengan prisnip,kita boleh jadi seperti ini. Dikala semua orang duduk aku berdiri, dikala semua orang duduk aku seorang yang berdiri

Justeru perjuangan dan prinsip kita waktu itu akan dihormati. Tindakan mengundur diri memaparkan diri kita lemah dan tidak berprinsip. langkah undur diri dalam situasi isu berkaitan kita itu adalah merajuk namanya.











"Keputusan Telah Dibuat...Tak Perlu Pujuk Rayu Lagi" - Tunku Aziz
PETALING JAYA: Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali mengubah keputusannya dan kembali menyertai parti itu walaupun dipujuk untuk berbuat demikian.
Tegas Tunku Abdul Aziz, sebagai seorang ahli politik yang berprinsip, pendirian beliau untuk meninggalkan DAP dibuat berdasarkan pertimbangan rasional tanpa dipengaruhi emosi.
"Tidak..tidak...tidak, saya tak akan pertimbangkan keputusan yang telah saya buat. Ini keputusan muktamad. Lagipun keputusan ini bukan sesuatu yang mudah dibuat.
"Saya tidak buat keputusan secara terburu-buru. Ini bukan perkara main-main," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Tunku Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu beliau mengubah keputusannya dan kembali bersama DAP.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyatakan kesedian menghubungi dan menemui Tunku Abdul Aziz dan berbincang agar beliau mengubah keputusan untuk berundur dari parti itu.
Pada Isnin, dalam satu rancangan televisyen, Tunku Abdul Aziz yang dilantik sebagai naib pengerusi sebaik sahaja menyertai DAP pada Ogos 2008, mengumumkan hasratnya untuk keluar dari parti itu berikutan tiada persefahaman dengan pucuk pimpinannya.
Baru-baru ini beliau menerima kecaman pembangkang termasuk kepimpinan DAP ekoran kenyataan terbukanya membantah perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong parti itu pada 28 April lalu.
Malah keputusan DAP tidak menyambung perkhidmatan Tunku Abdul Aziz sebagai Senator dikaitkan dengan kritikannya itu.
Mengulas lanjut mengenai keputusan mengejutnya itu, Tunku Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Lim kerana mengambil berat terhadap keputusannya itu.
"Terima kasih kepada saudara Guan Eng. Tapi keputusan telah dibuat, tidak perlu pujuk atau rayu lagi. Saya kekal dengan keputusan ini iaitu keluar DAP," katanya sambil menegaskan masih belum menerima sebarang panggilan daripada Lim lagi.
Berhubung peletakan jawatannya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau sudah menghantar surat kepada ibu pejabat parti.
"Sebenarnya pada semalam (Isnin) lagi saya sudah hantar surat itu menggunakan perkhidmatan pos ekspres ke Ibu Pejabat DAP. Saya harap hari ini mereka sudah menerimanya," katanya.

No comments: