Anatara keseronokan menjadi seorang perdana Menteri sememangnya sibuk dengan tugasan, setiap saat dan waktu yang ada ada sahaja program diatur untuk bertemu dengan rakyat. Tahniah kepada PM 1Malaysia hari ini (7 April). Kerana pada sebelah pagi Dato PM1Malaysia berada bersama-sama dengan rakyat di selatan tanah air Stadium Batu Pahat dalam Program Jejak Janji Ditepati.
Kemudian selepas itu pula bergegas 'menaiki helikopter' menuju ke tengah titik pusat Sememanjung (Temerloh) bersama dengan diva Dato Siti Nurhaliza Taruddin di Kubang Gajah Temerloh.Pahang. Tujuan sama nama saja lain Azam 1Malaysia
Saya juga berkesempatan sama, pagi tadi berada di Muar Johor kerana meraikan saudara mara adakah majlis perkhawinan. azam eratkan tali persaudaraan dan ukuwwah . Dan sebelah petang baru tadi (6.30ptg) tiba kembali ke Temerloh melihat bekas-bekas sisa perjumpaan dengan Dato PM.
Sepanjang perjalanan daripada Triang Temerloh penulis berselisih dengan puluhan bas mengangkut ibu muda dan ibu tua bertudung merah.
Kemudian di bawah jambatan Temerloh tadi melihat seorang achi memikul kotak, yang katanya berisi beras 5 kg, gula kopi dan teh pemberian program PM tadi.
Menurut maklumat perjumpaan PM+Siti mensasarkan 10,000 ribu orang. Maka kerahan macam biasalah melalui Umno Bahagian, penyediaan makanan mencecah RM15,000 sahaja. Bil kenderaan dan apa-apa perbelanjaan tadi adalah macam biasa bawah Kementerian yang beliau baru pangku lah.
Diberitakan juga, pulut kuning Najib potong sebagai tanda 3 tahun regim yang penuh kebobrokan (pinjam kata Dr Dzulkafley Ahmad).
Hari ini masuk hari ke 2, padang datar yang bersih terlalu amat kotor. Usaha pembersihan dan meruntuhkan khemah (yang diswastakan) sedang slow dijalankan. Aduh sakit mata memandang.
Dalam pertemuan dengan rakyat (Temerloh) tiada pujian, tiada kejian. Mungkin rakyat sudah keletihan dengan semua ini. Meraikan pemimpin saban minggu.

1 comment:
bila datang temeloh, kawan tak seda pun
Post a Comment