Sunday, April 08, 2012

Macan mana dengan sistem pendidikan 1Malaysia ni ?

Semua sebab Umno, hari ini dalam sejarah, sejarah hitam sisitem pendidikan negara. Geran yang sepatutnya diterima oleh pihak sekolah, 'tidak sampai'. Pelik tetapi benar, ini kalau jabatan Audit juga ikut pening dengan sistem dan organisasi pengurusan malaysia.

Lagi kita kejar status, lagi hiru biru. Macam mana minda kelas pertama, pemikiran global, hub pendidikan , hub itu ini dan macam-macam lagi projek mega, jika geran peruntukan ke sekolah pun rakyat tidak terima.

Ini bermakna sistem penyampian kita gagal. Tukar segera pemandu dan seklai dengan bas. tukar dengan bas lain dan pemandu lain. Pemandu nyanyuk dan bas pun sudah uzor ni.




Kementerian Pelajaran Akan Siasat Dakwaan Sekolah Tidak Terima Bayaran Yuran
YONG PENG: Kementerian Pelajaran akan menyiasat berhubung dakwaan terhadap beberapa sekolah yang tidak menerima yuran sekolah daripada kerajaan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, Kementerian Pelajaran telah memperuntukkan sebanyak RM150 juta kepada semua sekolah dan semua yuran sudah dibayar oleh kerajaan.
Dr Wee berkata, beliau menerima aduan daripada segelintir ibu bapa yang diminta untuk membayar yuran sekolah anak-anak mereka sedangkan kerajaan sudah mengumumkan bahawa bayaran itu akan dibiayai oleh kerajaan.
“Kami akan menyiasat tentang perkara ini. Setahu kementerian, kami sudah mengeluarkan wang itu,” katanya selepas membuka Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) SK Yong Peng di sini, Ahad.

No comments: