Monday, April 09, 2012

PTPTN: Hinanya bangsa ku ?

Antara peranan sesebuah akhbar adalah menjadi medium penyampian maklumat kepada orang ramai. Sementara pemberitaan maklumat tersebut mestilah mematuhi beberapa piawaian atau etika penulisan. Justeru orang menulis yang menulis yang dinamakan sebagai wartawan sebagainya mestilah melaporkan sesuatu hal atau perkara itu dengan tepat berdasarkan etika kerja kewartawanannya dan pemberitaan berita yang ditulisnya.


Berpandangan bias dan cenderung tentang terhadap sesuatu isu adalah perkara yang perlu dijaga. Tetapi ia adalah biasa bagi para penulis. Maka akhbar hanya sekadar menjadi juru lapor bagi sesuatu berita sahaja. Apa pun itu peranannya yang semolek-moleknya.


Kita tidak mahu sampai satu ketika, akhbar dan berita yang ditulis sehingga ditertawakan orang. Ibaratkan sampai sampah , jangan sampai merendah-rendah atau menginjak-injak daya keintelektualan pembaca.


Dalam hal ini, Utusan Malaysia terlebih membodek tuannya, sampai sanggup merendah intelektualan kaum majoriti negara ini, sampai ke tahap memperbodoh-bodohkan kaum Melayu. Mansuhkan PTPTN jejas Melayu. 


Dalam hal ini, semua orang tahu, mereka yang pernah mengambil wang PTPTN adalah pinjaman tabung pelajaran kepada semua pelajar ke IPTA atau IPTS. Mereka diberikan dan ditawarkan, selepas itu diwajibkan membayar semula dengan sedikit tambahan caj dikenakan. Maknannya pinjaman mereka sepanjang pengajian dianggarkan RM20,000 dan bayar semula lebih sedikit.

Sepatutnya anak-anak Melayu kita yang mahu belajar ke IPT, akan dapat bantuan kerajaan. Kenapa dan mengapa pelajar zaman-zaman sebelum ini mendapat biasiswa, Kenapa semasa dunia kita semakin 'kaya dan maju' ada pulak pinjaman. 


Walhal hasil negara zaman kereta api dan kereta lembu sebagai pengangkutan utama, zaman miskin biasiswa boleh diberikan kepada pelajar. Zaman canggih perniagaan begitu begini, sumber macam macam hasil bumi melimpah ruah , hasil mahsul pasir sahaja tidak termakan dek rakyat. PTPTN dihapuskan boleh jejaskan Melayu.


Satu bentuk penghinaan kepada bangsa Melayu, bangsa yang bergantung ihsan dengan pinjaman. bangsa-bangsa lain jual kain, bangsa lain berniaga dagangan bangsa melayu tidak berhutang dengan kerajaan masa depan mereka bakal terjejas.


Hinaa sungguh bangsa ku






No comments: