Gempa Bumi 8.7 Magnitud Melanda Aceh
PETALING JAYA: Gempa bumi berukuran 8.7 magnitud menggegar Aceh, Sumatera Utara Indonesia pada petang Rabu.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia.
Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor pada pukul 4.50 petang.
Beberapa komen yang dipaparkan menerusi Twitter, berkata gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan India.
Pada 26 Disember 2004, gempa bumi kuat pada magnitud 9.1 yang disusuli tsunami memusnahkan sebahagian besar Aceh
No comments:
Post a Comment