Saturday, April 07, 2012

Hapus PTPTN Tidak masuk akal: Doktrin Duluan Umno

Masuk akal bagi Umno adalah bilamana melesapkan RM250juta projek lembu (NFC). Selesaikan kes Tan Sriu Tajuddin ramli lupus hutang sebanyak RM567juta. Antara yang masuk akal  bawah najib 1malaysia dan akhbar arus perdana.

Rakyat sudah terlalu lama dibodohkan.  Rakyat diharap dapat boleh pertimbangkan antara mereka dan pemimpin pilihanan mereka atau parti memerintah negara mereka.

Inilah bentuk doktrin duluan akal bagi rakyat negara kita.


Tindakan desak hapus PTPTN tidak masuk akal

07/04/2012 6:54pm

PASIR MAS 7 April – Tindakan penuntut institut pengajian tinggi mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman di bawah skim Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak masuk akal dan merupakan agenda politik parti pembangkang untuk meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun pembangkang berjanji untuk menghapuskan PTPTN, namun ia tidak mungkin dapat dilaksanakan di negara ini.

Ini kerana, ia mengundang kepada banyak masalah, terutama menjejaskan sistem pendidikan negara dan boleh menyebabkan negara menjadi muflis.

"Isu itu sengaja ditimbulkan oleh parti pembangkang sebagai agenda politik menjelang pilihan raya umum ke-13,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Hamid (I) di sini, hari ini.

Sempena majlis itu, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut menyampaikan sumbangan buku akaun Lembaga Tabung Haji kepada murid sekolah itu.

Beliau mengulas mengenai cadangan penuntut institusi pendidikan tinggi untuk mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Merdeka bagi menghapuskan PTPTN pada 14 April ini. - BERNAMA

No comments: