Friday, February 03, 2012

UMno semakin bangkap idea dan pupus slogan

Akhirnya Umno membawa caragaya poliitik kebudak budakan atau keanak-anakkan. Sanggahan dan sendaan TPM semasa melawat ke Kelantan dengan menyerang PAS tidak lagi bersifat ilmiah dan logika serta realistik tetapi bersikap kumpulan yang kepupusan modal.

Cukup Kelantan ditipu PAS adalah tajuk berita yang tersangat melucukan. Sepatutnya cukuplah rakyat Kelantan Ditipu PAS. Barulah jelas keadaannya, kerana terlalu tergesa-gesa dan berkotak minda lemah dan mahu memperlemahkan daya fikir media pun dah nampak keletihan dan semakin melalut.

Cakap-cakap ini mengingati serta mengimbau nostalgia kita semasa zaman kanak-kanak berseluar pendek serta berkaki ayam di kampung bermain guli dan meredah semak samun hutan di kampung-kampung.

Dengan minda kita cerah dan tanpa dicemari kekotoran dunia dan duniawi latihan industri pemikiran Umno yang memperlekehkan dan meremehkan keintelektualan manusia dan rakyat negaranya.

Bermodalkan Umno dan pembangunan yang dijaja sepanjang zaman bagi menghidupkan Umno dalam setiap kali pilihanraya. Sejarah yang sama diulangi Umno bahawa PAS menipu rakyat Kelantan.

Bayangkan kedangkalan Umno, sepatutnya beliau menyerang dasar-dasar PAS. Ini maknanya beliau menilai dan meletakkan tahap pemikiran rakyat Kelantan serendah itu, tak payah cakap yang lain-lain tetapi sekadar bagi tahu hal serendah itu ...bayangkan Umno melihat dari segi kacamatanya terhadap rakyat amnya dan khasnya rakyat Kelantan


Cukuplah Kelantan Ditipu PAS - Muhyiddin
KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan PAS, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada pilihan raya umum ke-13 ini.
Muhyiddin berkata janji-janji PAS pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu PAS perlu ditolak pada pilihan raya umum nanti.
"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah 'belawok' (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong?
"Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada PAS. Ini bukan cakap besar atau sombong," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, Khamis.
Turut hadir isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Lebih 15,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu di mana Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 30 penduduk di jajahan itu.
Mengulas perkara itu, Muhyiddin berkata sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan untuk BR1M kepada 15,494 penerima di jajahan tersebut.
Beliau juga turut mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM2.2 juta bagi membaik pulih cerun bukit di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chai.
"Ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada sekolah ini untuk membaiki cerun bukit itu.
"Sekolah Cina ke atau Sekolah Tamil ke semuanya sekolah kita dan kerajaan akan bantu semuanya," katanya.
Beliau berkata tidak seperti PAS yang pada satu ketika pernah berjanji untuk memberikan RM100 kepada semua warga emas yang kini tinggal janji sahaja.
"Pada pilihan raya kecil Manik Urai pada 2009, saya ke Masjid Temalir yang dimaklumkan kerajaan negeri tidak berupaya untuk membesarkan masjid dan atas keperihatinan kita telah memperuntukkan RM600,000 bagi membesarkan masjid itu," katanya.
Muhyiddin juga berharap semua pihak bersedia untuk memastikan kemenangan B Ndi Kelantan.
"Walaupun tarikhnya saya tidak tahu bila tetapi apakah rakyat Kelantan masih mahu kepada PAS lagi dan saya harap tinggallah PAS dan pilihlah BN," katanya.
Sementara itu Mustapa berkata BN telah menunaikan segala janji pada pilihan raya kecil Manik Urai dan dakwaan pembangkang BN gagal berbuat demikian adalah satu fitnah.
"BN telah membesarkan Masjid Temalir, telah membina jambatan baru berharga RM14 juta serta pembinaan pusat belia di Kuala Krai dan semua pihak perlu berganding bahu untuk memastikan BN kembali menguasai Kelantan pada pilihan raya umum ini," kata beliau. BERNAMA

No comments: