Saturday, November 19, 2011

RM100: PM kata bagi, TPM kata pulangkan

Bantuan persekolahan kerajaan kepada semua pelajar RM100 tanpa mengira latar belakang keluarga nampak dingin, khususnya ibubapa kawasan bandar.

Malah sekolah sekolah tertentu 'menerima' kembali bantuan itu sebagai sumbangan kepada pihak sekolah. Pemberian duit RM100 setiap pelajar sebagai projek pancing menjelang pilihanraya tidaklah menjadi gah. sebagaimana yang diharapkan oleh mereka,

Malah media sendiri dingin dan gagal memberi promosi berkesan. Kegagalan ini, kerana banyak isu dan perkara-perkara atau isu mega yang terpaksa kerajaan dahulukan, rakyat dikemudiankan.

Tiada kesepakatan antara PM dan TPM nampak jelas, dengan TPM mengarahkan duit yang tidak dituntut segera sekolah pulangkan. Walhal tempoh akhir serahan pada 28hb Nov ini.

Kenyataan TPM nampak sangat beliau cukup tidak senang dengan Projek ROsmah Najib. Maka TPM bertindak lebih agresif bagi menyaingi kemelut dalaman kerajaan yang kini terganggu dan diganggu oleh Wanita Pertama negara -Kalk ROS

Pulangkan duit jika tidak dituntut

SERAMAI 5.3 juta pelajar di seluruh negara telah mula menerima wang bantuan persekolahan sebanyak RM100 setiap seorang sejak Rabu lalu. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pihak sekolah diarahkan mengembalikan semula wang bantuan persekolahan RM100 kepada kerajaan sekiranya wang terbabit tidak dituntut oleh ibu bapa pelajar di sekolah anak-anak mereka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ibu bapa juga boleh membuat pilihan sama ada untuk menerima bantuan itu atau berhasrat untuk menyumbang kepada pihak sekolah.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ibu bapa perlu membuat tuntutan ke atas wang berkenaan di sekolah anak-anak mereka sebelum membuat keputusan untuk menyumbang kepada sekolah.

"Kalau di sekolah itu ada ibu bapa pelajar yang kata tidak memerlukan (bantuan) dan sebagainya, itu tidak apa. Kita sudah arahkan kepada sekolah, kalau ada lebihan, mereka pulangkan kepada kementerian dan wang itu akan masuk balik dalam tabung kerajaan. Itu duit kerajaan.

"Terserah kepada ibu bapa (untuk ambil atau tidak) kerana tujuan kita hendak kurangkan beban sebab awal tahun ibu bapa nak belanja beli kasut dan sebagainya. Kalau ibu bapa kata dah mampu dan ada kemudahan lain dan fikir nak sumbangkan, ibu bapa kena ambil dahulu duit itu," katanya selepas majlis perasmian Hari Unesco Malaysia di sini semalam.

No comments: