Friday, November 18, 2011

PRU 13 : Bila Bulan Disember 2011 ?

Semua tertunggu-tunggu bilakah tarikh pru 13 akan diadakan. dan tidak kurang juga banyak info yang diberi oleh para sahabat dan hint-hint tersebut boleh dijadikan sebagai sandaran.

Ramai yang meramalkan pada Dismber kerana atas beberapa petunjuk. Pertama PM arahkan pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar dibuat segera. Dan pembayaran sudah dilaksanakan mulai 17hb dan 18hb ini oleh semua sekolah dalam negara kita.

Ramai yang mempertikaikan bahawa bajet 2012 belum diluluskan oleh Parlimen , bantuan berkenaan disampaikan.

Selain nampak tergesa-gesa, kerajaan mengarahkan pembayaran dibuat pukal terus kepada ibubapa. Disampaikan oleh VVIP berkaitan terus atau ases terus dengan Umno secara amnya.

Kedua, mengambil cuti awal muharam dan pendaftaran sesi persekolahan dilanjutkan akan datang pada Rabu 4 Januari 2012. Inilah yang menjadi tandatanya dan persoalan ramai.

Tenaga utama Umno dan agensi GLC dan akses bagi jentera Umno spt kemas, BTN, Penerangan semakin aktif. yang tidak akti cuma ahali Umno dan cawangan Umno sahaja yang hanya menunggu semata-mata bantuan wang daripada atasan mereka.



No comments: