Sunday, November 20, 2011

Jangan perlembukan jasa guru kerana isu 9 jam

Kita jangan sangat cepat melatah dan geram tidak tentu keruan. Kerana projek 9 jam guru bakal ditikuskan ujuikajikan pada 2012 di 4 buah negeri ada sesetangah blog membangangkan guru dan membengapkan guru-guru.

Jangan nafikan peranan guru, walaupun 1970an dan era-era pasca merdeka gurulah pengerak utama dan nadi utama Umno. Sebenarnya sejarahnya bermula daripada guru.

Jika tidak jasa guru masakan SN Usman Awang menyajakkan ciptaan dengan judul sajaknya SEMUANYA BERMULA DENGAN SEORANG GURU.

Justeru kita sbagai blogger Pakatan Rakyat minta jaga akhlak. Kemenangan insyallah akan digapai. Percayalah, namun ciri-ciri kecapaian kemenangan itu perlu disyarati, inilah ujian Allah kepada hamba.

Syurga Allah kepada hamba tidak datang secara percuma.


No comments: