Friday, November 25, 2011

Kita Mencontohi Atau Dicontohkan

Kita patut malu dengan pendirian prof madya teo kok seong UKM dan prof madya swee tin UPM. Dua manusia Cina yang bermati-matian mempertahankan bahasa melayu sebagai 'bahasa' di tanah air bangsa melayu.

Bagi SN A samad Said beliau sudah lama menongkah arus perdana, mengikut aliran SN Shahnon A dan juga disusuli Anwar Riduwan. Adalah antara beberapa tokoh tersohor yang mempertahankan kedaulatan bahasa melayu sebagai bahasa di malaysia yang tidak pernah dijajah ini.

Kini, kekusutan dan kekalutan pengajaran BM tehadap 2 subjek matematik dan sains kembali bergema. TPM selaku menteri pelajaran mengakui pengajaran PPSMI dah tamat . namun bawah kementeriannya beliau mahu pengajaran Sains dan Matematik ditamatkan secara beransur-ansur mengikut 'gelunsuran bebudak ' yang ada kini bakal mengakhir pendidikan dan pembelajaran di Tingkatan 5 mereka menjelang 2022.

Kini anak-anak kita diberi opsyen bahawa S & M akan diajar sepenuh dlm BM, atau dwi bahasa ataupun Inggeris sahaja. mulai tahun hadapan.

Justeru semua guru-guru yang terlibat ditanya dan diberi opsyen agar mengajar ikut 3 pilihan yang diarahkan. Maka tiadalah pilihan bagi guru-guru berkenaan menjalankan dasar cacau dan kacau itu.

Inilah NKRA bidang keberhasilan dan tranformasi najib terhadap bidang pendidikan.

bandingkan dengan jurulatih bola berbangsa Jerman ini, ikuti kupasan sahabat melalui blog ini...

Orang Melayu patut malu dengan jurulatih Eropah ini



Jurulatih terkemuka Eropah, Ottmar Hitzfeld merupakan salah seorang dari tiga jurulatih yang pernah memenangi Liga Juara-Juara dengan dua kelab yang berbeza. Ottmar diberi tawaran untuk menjadi jurulatih kelab terkemuka Manchester United. Tetapi Ottmar menolaknya kerana dia hanya mahu menjadi jurulatih dengan menggunakan Bahasa Jerman untuk melatih pemain-pemainnya.

Bukannya Ottmar tidak boleh berbahasa Inggeris, tetapi dia lebih selesa untuk menggunakan Bahasa Jerman apabila melatih pemain-pemainnya.

Apa macam orang Melayu di Malaysia. Tak nak berbangga ke dengan Bahasa Melayu? Ong Kim Swee pun guna Bahasa Melayu yang molek apabila ditemuramah.

No comments: