Tuesday, November 29, 2011

Siapakah Ketua Wanita Umno Baru !!!!!!

Nampaknya Shahrizat jalil Ketua Wanita Umno kena pencen. Apa tidaknya selepas tsunami isu NPC dana awam mencecah RM250 juta dilangsaikan oleh 'geng shazat'. beliau menyepi dan terkedu.

Berccakap soal moral, maruah, akhlak dan apa sahaja. Hukum karmanya tetap salah. Kes yang sama berlaku kepada isteri amirul mukminin Umar Al Khattab. Bagaimana menerima 'hadiah' sekalung rantai. diringkas cerita Umar arahkan isterinya kembalikan 'hadiah' berkenaan. Hujahnya hadiah itu diberikan semata-mata kerana beliau (isterinya) adalah isteri khalifah.

Bayangkan jika engku seorang perempuan tua yang duduk dihujung kampung sana. adakah manusia atau sesiapa akan memberikan hadiah. tentu tidak kan ?

Macam itulah juga dengan kak jat. Jika bukan sebagai menteri dan pembesar Umno masakan hadiah 3,000 ke 5,000 hektar dihadiahkan sebagai kawasan ternakan lembu yang bakal membekalkan 60,000 keperluan negara.

Kita lupakan soal itu, ia sudah menjadi sejarah.

hari ini dan kini amat megejutkan Kak Mah sudah menjawat sebagai Ketua Wanita Umno. Lihat dan teliti arahan beliau di bawah ini...

Saksikan usahkan dalam kerajaan dia nak tadbir sampai dalam parti depa pun dia kacau habih. jadi zaman ni dia memang tak percaya kat sapa-sapa. Cuma dia percaya kat diri dia SAJA.

Sebar Maklumat Benar Berkaitan Parti - Rosmah

KUALA LUMPUR: Skuad Sayang Wanita Umno perlu memperluas peranan menyalurkan maklumat benar berkenaan parti kepada rakyat dan tidak hanya menumpukan kepada aktiviti kebajikan semata-mata, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, Skuad Sayang perlu turun padang menyalurkan maklumat untuk mematahkan fitnah pakatan pembangkang terhadap pemimpin negara dan Barisan Nasional (BN).

"Ini kerana sikap berdiam diri di kalangan ahli Umno hanya melemahkan Umno. Jika sikap seperti ini diteruskan, ia seolah-olah memberi gambaran segala fitnah itu benar," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Skuad Sayang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Isnin malam.

Rosmah berkata Skuad Sayang juga perlu sentiasa mencurahkan bakti kerana khidmat yang diberi serta bantuan yang dihulur tanpa mengira pangkat atau kedudukan mampu menyentuh hari rakyat dan menyebabkan mereka akan terus menyokong kerajaan.

Beliau berkata Skuad Sayang perlu bersatu dan menjadikan perpaduan sebagai kesinambungan kemajuan negara bagi memastikan Umno terus mendapat tempat di hati dan sanubari rakyat.

"Tidak dinafikan wujud pihak yang bersikap talam dua muka, sanggup menjadi gunting dalam lipatan dengan hasrat memporak-perandakan kerajaan sedia ada, hanya atas alasan kepentingan politik peribadinya sendiri," katanya.

Rosmah berkata sesebuah parti tidak seharusnya membangkitkan persoalan yang boleh menggugat kesejahteraan di kalangan rakyat Malaysia.

Skuad Sayang, anggota sayap Wanita dalam BN dan diterajui Umno, adalah kumpulan bergerak yang ditubuhkan bagi membantu keluarga miskin serta mangsa bencana.

Projek yang dijalankan adalah berkonsep kebajikan, kesukarelawanan dan kemasyarakatan itu menepati hasrat Umno serta BN bagi memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi. BERNAMA

No comments: