Wednesday, November 23, 2011

Pilihanraya serentak jimat betul ke ?

Sedapnya bahasa dan ayat SPR, piliharaya serentak jimatkan kos. Jika tidak bercakap pun semua orang tahu, dan lebih tahulah lagi MB Selangor Tan Sri Khalid.

Bagi kerajaan, dan SPR pilihanraya serentak nampak ada macam logiknya, tetapi bagi rakyat pilihanraya tidak serentak mereka akan dapat laba dan keuntungan . Sementara mereka juga dapat merasai pembesar-pembesar negara bertandang ke teratak mereka lah.

Pilihanraya dalah satu ketetapan dan terdapat dalam apa yang kerajaan akta dan wartakan. Tetapi kewujudan hantu raya yang merayakan duit rakyat dan negara macam mana pulak ?

Tersenarai daripada zaman Dr M, pak Lah dan Najib sudah ada 62 isu besar yang memakan korban wang rakyat yang cukup banyak.

Malaysia akan bangkrap pada 2023 kata Idris jala menteri di JPM. Dan beliau ulangi kenyataan itu sekali lagi

Pilihan raya serentak jimat kos

SUNGAI PETANI 22 Nov. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pemimpin parti politik termasuk pembangkang dapat mencapai persetujuan bersama untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pilihan raya umum akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, walaupun undang-undang membenarkan kedua-dua pilihan raya itu diadakan secara berasingan, namun pemimpin politik wajar mengambil kira kepentingan bersama dalam hal terbabit.

Beliau berkata, proses pengundian serentak dapat mengelakkan pembaziran daripada segi kos, tenaga kerja dan juga masa.

“Dalam undang-undang membenarkan mana-mana kerajaan memerintah atau kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut tarikh yang mereka suka.

“Bagi SPR, kalau boleh buatlah bersama. Proses pengurusan pilihan raya ini lebih kurang sama. Namun, kalau dibuat berasingan, kos dan tenaga kerja akan jadi berganda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Taklimat SPR bersama Pegawai Pengurus dan Penolong Pengurus Pilihan Raya peringkat negeri di sini, hari ini.

Hadir bersama ialah Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah dan Pengarah SPR negeri, Juhari Abd. Rahman.

Abdul Aziz berkata, sehubungan itu, pihaknya bersedia mengadakan perjumpaan dengan pemimpin parti politik berkaitan untuk menimbang kemungkinan pilihan raya serentak boleh diadakan secara bersama.

“Pemimpin parti yang membuat keputusan, kalau mereka adakan bersama ini lebih baik. Kita sedia berjumpa untuk bincang dengan mereka malah kita boleh bagi nasihat yang bersesuaian,” katanya.

Tambah beliau, SPR bagaimanapun tidak boleh memaksa pemimpin politik terbabit bersetuju dengan proses pilihan raya serentak.

“Sungguh pun begitu, saya ingat mereka sudah faham perkara ini. Mereka pun dinasihatkan oleh penasihat undang-undang masing-masing dan kita pun berkali-kali bercakap dalam media. Mereka orang bijaksana dan saya fikir mereka akan mendengarnya,” jelasnya.

Ditanya tentang pilihan raya berasingan yang pernah diadakan sebelum ini, Abdul Aziz memberitahu, kecuali di Sabah dan Sarawak, pengundian berasingan antara DUN dengan Parlimen tidak pernah berlaku.

“Tidak pernah perkara ini berlaku. Contohnya negeri Kelantan yang mempunyai kerajaan tidak sama dengan parti memerintah Kerajaan Pusat sejak sekian lama memilih untuk mengadakan pilihan raya serentak,” katanya.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam membuat keputusan bahawa kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz berkata, persiapan SPR menghadapi pilihan raya umum ke-13 berjalan lancar dan setakat ini masih di peringkat awal.

“Kita sudah berikan taklimat kepada pegawai di Kelantan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah. Proses ini dijangka selesai menjelang akhir Januari,” katanya.

No comments: