Wednesday, October 05, 2011

PR: Percepatkan Bajet Kerusi Juga

Menjelang pembentangan Bajet 2012 Jumaat ini oleh kerajaan amat dinanti-nantikan oleh rakyat terbanyak. Kelmarin adalah giliran PR membentangkan Bajet mereka.

Bajet yang mengandungi 63 perkara sudah di bentangkan. Beberapa pimpinan kerajaan terutama PM dan TPm serta mantan PM Dr M turut memberi reaksi. Biasa dan lazimlah reaksi mereka tentulah apa yang dibuat PR dianggap sebagai benda yang meremehkan.

Bagi kita, Pakatan sudah bebarapa tahun belakangan ini, berjaya menghidupkan 'harapan' dan menampakkan wawasan mereka kepada rakyat, tentang apakah yang bakal mereka laksanakan nanti.

Cuma kengganan rakyat terbanyak untuk memberi peluang, dengan menyerahkan secara demokrasi Putrajaya kepada PR.

Bagi kita dalam gabungan Pakatan yang dikepalai PAS, PKR dan DAP. Yang paling menarik adalah potensi dan cabaran PAS dalam mencabar 'kerusi Umno' daripada tangan Bn . Jika PAS berjaya mensasarkan 60 kerusi ditandingi daripada tangan Umno, maka Pakatan mempunyai potensi untuk memerintah Malaysia.

Jika PAS gagal meraihkan 60 kerusi seperti yang disasarkan maka impian Pakatan untuk menduduki Putrajaya tenggelam dan lenyap.

Sasaran 60 kerusi bagi PAS adalah lebih realiti dan logik serta munasabah. Bagi PAS sokongan pengundi bukan Islam kali ini adalah cukup menarik.

Justeru dalam percaturan politik rakan-rakan Pakatan jangan memeningkan PAS. Dengan menimbulkan perkara remeh temeh.

Pembahagian kerusi mesti diselesaikan, PAS nampak malu-malu dan lebih tawaduk dalam menentukan agihan kerusi. Sikap itu adalah baik bagi parti berteraskan islam. Dan inilah hasil tarbiyyah PAS.

Namun , cabaran politik PAS dan potensi PAS dalam berpolitik nampak jauh tertinggal daripada rakan-rakannya terutama jika berdepan dengan PKR.

PAS juga perlu bersikap 'tamak' mana-mana kerusi yang berpotensi. Strategi dan perancangan PAS perlu diubah tidak menggunakan retorik lama. Masa sudah berubah.


No comments: