Sunday, October 02, 2011

Kenapa Umno suka sangat Karpal Tolak Hudud ?

Kenapa kita paksa Karpal Singh yang kafir dan bukan Islam dengan bebanan Hukum Hudud. Kenapa media seronok sangat, lebih-lebih lagi mereka sendiri adalah orang yang beragama islam.

Sepatutnya yang Islam turut berasa 'susah hati' kerana hukum ini belum terlaksana lagi di negara ini. Inilah cabarannya, kerana yang berkuasa itu adalah orang beragama Islam, yang bakal menerima hukum pun juga beragama islam.

Kita nampak ada satu usaha tersembunyi bagi menyatakan 'padan muka' kepada PAS, parti yang berusaha mahu laksanakan hudud di Malaysia.

Media berbalik-balik daripada 1998 lagi, melaporkan hudud adalah hukum PAS, hukuman yang tidak sesuai. Sampai yang pernah menempelak hukum ini ramai pun yang dah mati, menghadap illahi.

Entahlah apa jawapan mereka di hadapan Allah tentang hal ini.

Kita bertambah heran, kerana Karpal yang bukan Islam bercakap seolah-olah mereka menyokong secara senyap di belakang Karpal. Inilah yang kita rasakan benda yang tersirat di sebalik hal ini.

Apa yang mahu diherankan, bukan Islam tentulah tidak mahu terikat dengan apa-apa yang bernama atas agama islam. Apa yang dikagetkan dan mahu diterkejutkan, biasalah..

Selagi mana keadilan Islam itu tidak ditegakkan, maka selagi itulah hal ini akan mereka polimekkan.





DAP tetap tolak hukum hudud

02/10/2011 6:29pm

GEORGE TOWN 2 Okt. - DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud walaupun Parti Pembangkang mendapat majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti, kata pengerusi parti Karpal Singh.

Katanya, pelaksanaan hudud akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan dan sokongan terhadap pakatan pembangkang memandangkan bukan semua rakyat bersetuju dengan hukum berkenaan.

"DAP tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pindaan dalam Perlembagaan untuk enakmen hukum hudud termasuk apa yang diusulkan oleh Pas di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Terengganu pada 1993,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara dan perlu selaras dan konsisten di semua negeri.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan semalam bahawa hukum hudud itu akan dilaksanakan di negara ini sekiranya pakatan pembangkang menang PRU ke-13 nanti.

Karpal berkata, Pas perlu menerima pakai resolusi yang diluluskan, iaitu membentuk sebuah negara berkebajikan dan bukannya kembali ke cadangan asal untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara Islam. - Bernama

No comments: