Sunday, October 02, 2011

TPM: Indek Jenayah Turun pulak ?

Kelmarin PM kata Sistem Pendidikan adalah terbaik di dunia, malah lebih baik daripada beberapa buah negara maju di dunia.

Hari ini pula, TPM kata indeks jenayah negara semakin menurun. Maknanya di bawah kedua-dua mereka kepimpinan mereka adalah kepimpinan terbaik.

PM dan TPM saling puji memuji antara keduanya, memuji KDN adalah tanda memuji sepupu PM. Najib pula memuji TPM kerana beliaulah yang menerajui Kem. Pelajaran waktu ini.

Apabila PR akan akan mengumumkan pula esok adalah Bajet Pakatan Rakyat. Pembentangan Bajet PR yang mendahului kerajaan.

Kita nantikan, apakah bentuk serangan ke atas kerajaan Najib. Kini Najib makin terdesak beberapa agenda dalam Buku Jingga PR kini sedaya upaya cuba dijayakan oleh kerajaan Najib.

Sementara kajian mendapti undi Melayu terus memuncak kekal , dengan Bn bakal menjanjikan dengan janji-janji 'luar biasa'.

Paling gempar dan membimbangkan semua pihak , apakah gegaran dan kegemparan yang bakal diimbuhi kepada penjawat awam dalam negara yang berjumlah 3/4 juta orang itu.

Penganalisa ekonomi bimbangkan impak besar pengumuman PM mahu menaikkan ke tahap 40 % gaji kakitangan awam. Ini mengikut pandangan pakar ekonomi membakar kadar inflasi negara.

Para peniaga akan mengambil kesempatan akan menaikkan semua barangan dan perkhidmatan. Di mana impak jangka panjang rakyat seluruhnya akan menderita.

Jenayah seluruh negara menurun


MuhyidDin Yassin, Hishammuddin Tun Hussein, Abu Seman Yusop (kiri) dan Ismail Omar menyempurnakan perasmian Hari Terbuka PDRM 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Okt. - Kadar indeks jenayah antara Januari hingga Ogos tahun ini menurun sebanyak 23.6 peratus, manakala indeks jenayah jalanan pula berkurang sebanyak 39.7 peratus berbanding 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penurunan itu berjaya dicapai hasil perancangan dan perlaksanaan rapi serta tersusun melibatkan kerjasama padu seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di pelbagai peringkat.

''Saya sedar kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi untuk menampakkan hasil dalam tempoh yang singkat.

''Namun ia berjaya dicapai hasil komitmen semua pihak di PDRM dari peringkat pengurusan sehinggalah kepada anggota-anggota yang menjalankan operasi harian," katanya ketika berucap pada Hari Terbuka PDRM 2011 dan Hari Kesedaran Jenayah di sini hari ini.

Turut hadir ialah bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menyarankan PDRM menimbangkan potensi penggiliran pegawai dalam tugasan komuniti (community policing) bagi memperluaskan pendedahan kepada semua anggota polis terhadap kaedah mesra rakyat yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Kata beliau, PDRM mungkin boleh memberikan lebih banyak peluang kepada anggota polis dalam tugas-tugas berbentuk pencegahan berbanding semata-mata penguatkuasaan.

''Ini supaya hubungan dengan orang awam dalam rangkaian masyarakat setempat itu boleh terjalin dengan lebih kukuh dan akrab.

''Hubungan yang kukuh ini adalah asas perkongsian pintar yang dapat membantu mengenal pasti jenayah secara pencegahan awal dan melaksanakan strategi terbaik untuk mengatasinya," katanya.



No comments: