Sejarah mestilah dikaji seperti sebenarnya berlaku. Bagi setiap peristiwa sejarah haruslah dikaji dengan berhati-hati kerana ia adalah peristiwa yang unik serta mempunyai taraf yang sama satu sama lain atas hakikat bahawa setiap satunya adalah ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa.
Begitulah cermatnya ilmu pengkajian sejarah menurut Mohd Yusof Ibrahim dalam Buku pengertian Sejarah.
Oleh kerana sejarah itu dianggap demikian maka semestinya ia benar dan yang lebih penting ialah penulisan kembali mengenainya haruslah benar dengan berdasarkan sumber-sumber serta kaedah yang dianggap benar pula, tambahnya.
Kebenarannya itulah mencapai darjat kebenaran Al Quran, tetapi mencapai standard piawaian dan etika penulisan sejarah itu, bersifat objektif, sahih dan terdedah kepada penambahbaikan atau kritikan.
Manakala sumber sejarah adalah sekumpulan bahan rujukan bagi tujuan penyelidikan dalam mana-mana displin keilmuan. Peringkat awal sumber adalah sekumpulan bahan-bahan yg tersimpan tempat-tempat khusus spt arkib, perpustakaan, muzium, pejabat menyimpan rekod, istana, orang perseorangan, atau rumah-rumah org perseorangan yg meminati menyimpan rekod.
Sementara itu sumber, dua katogeri iaitu sumber utama/pertama (sumber lisan) dan sumber kedua (buku, artifak, buku, diari, majalah, makalah, catatan dsb). Sumber bermaksud satu ilham, susatu yg boleh menjadi punca kepada sesuatu lahiran pemikiran.
Dalam katogeri sumber ini, oleh kerana penulisan sejarah kita banyak bergantung kepada sumber Barat. dan terlalu sedikit sangat sumber tempatan atau local. Maka, ia terbiasa dengan pandangan atau persepsi tempatan atau setempat.
Justeru dalam penulisan manusia atau sejarawan ia akan membias mengikut sudut pandangan persepsi dan interprestasi penulis. Penulisan itu tidak bersifat hakiki, ada unsur tokok tambah, biasa dan terdedah kepada banyak kelemahan. Inilah yang dikatakan penulisan sejarah yang bias.
Oleh itu rata-rata sejarah Malaysia majoriti bersumber daripada penulisan Barat. Ini kerana mereka lah yang mempunyai rekod, dokumen, catatan sebagai bukti bertulis yang ada dan tersimpan dengan baik dan menjadi bukti sumber rujukan. Maka penulisan sumber Barat akan terikat dan mengikut nilaian serta persepsi motif penulisan fakta berkenaan.
Namun, yang istimewa penulisan sejarah begini ada unsur pertanggungjawabnya.
Kini, sejarah kemerdekaan Malaysia digegarkan oleh seorang manusia bernamsa Mohd Sabu, Timb Presiden PAS.
Seronoknya, Mohd Saabu telah memberi nilai kembali kepada ilmu sejarah atau disiplin sejarah. gara-gara sejarawan negara yang semberono menulis sejarah demi kepentingan sudut persepsi dan ikut penafsiran mereka.
Data dan fakta berkenaan dicabar sudut kesahihannya, kini mengundang pakar sejarah tempatan memberi pandangan. Menurut Manjit Sigh Madhi penulisan sejarah Malaysia terlalu banyak dengan melayu-centric dan islam-centric.
Lontaran kritikan ini, gagal dijawab oleh sejarawan lain. Mana Ramlah Adam dan Prof Khoo. Kini pertikaian data bukti akademik atau persepsi sejarawan membunuh nilai akademik sejarah Malaysia sendiri.
Sudut politik Mohd Sabu berjaya menimbulkan keraguan terhadap fakta berkenaan. Ahli-ahli akademik yang mempertahankan peristiwa balai polis di Bukit Kepong Johor dan komunis dilihat semula. Antara pejuang kemerdekaan atau sebagai pengkhianat.
No comments:
Post a Comment