Saturday, September 03, 2011

Awang Adek: jangan bising sahaja, jangan jadi pengkhianat negeri Kelantan

Seperti keputusan haid dan hilang modal, bakal MB kelantan Umno, Awang Adek yang mahu mengambil kesempatan dan menonjolkan diri, menyatakan kepada dunia bahawa beliau masih hidup dan ada di bumi ini.

Isu yang dibangkitkan bahawa kelantan mengalami kesesakan jalanraya. Sejak menjadi Timb menteri Kewangan beliau gagal memahami dan masih mahu mendera Kelantan. Tekanan kerajaan pusat dan mendera oleh kem KEW sudah lali bagi Kelantan soal bajet kewangan peruntukan geran dan sebagai berurusan dengan kerajaan 'pejuang kemerdekaan' Umno.

Awang Adek baru balik, masa raya sahaja. Justeru masa banyak dihabiskan di ibu kota sahaja. Beliau banyak berwakilkan wakil peribadi sahaja berurusan dengan rakyat kawasannya.

Untuk pengetahuan Awang, kesesakan bukan sahaja masa musim perayaan tetapi , setiap kali cuti hujung minggu dan waktu cuti persekolahan. Kalu dah nampak kenapa tidak sama-sama membantu bagi menyelesaikannya.



Kelantan gagal selesai masalah kesesakan

03/09/2011 7:14pm

BACHOK 3 Sept. - Kelantan tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya di seluruh negeri terutama pada musim perayaan bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, jika kerajaan negeri pimpinan Pas gagal menyelesaikan isu itu selepas diberi peluang sejak lebih 21 tahun lepas, mereka berkemungkinan besar tidak mampu melakukan perubahan buat selama-lamanya.

"Walaupun negeri lain seperti Kuala Lumpur berlaku kesesakan, tetapi mereka ada perubahan dan perancangan untuk menyelesaikannya, tetapi tidak di Kelantan,” katanya mengulas kesesakan teruk di negeri itu sebelum dan selepas Aidilfitri.

Antara jalan paling teruk dilanda kesesakan ialah Gua Musang-Kuala Krai, Kota Baharu-Tumpat dan Pasir Puteh-Kota Baharu.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kelantan Mohd Azlisham Abdul Rahman berkata jumlah kenderaan yang pulang berhari raya di negeri itu tahun ini dijangka bertambah secara mendadak kepada 80,000 orang berbanding 60,000 pada tahun lepas. - Bernama



No comments: