Kematian jurukamera Bernama Norsaiful 37 tahun di Somalia kelmarin amat mengejutkan Umat islam di malaysia. Dan yang paling menyediahkan adalah keluarga beliau. Kematian adalah sesuatu yang pasti dan ia adalah takdir ALlah SWT belaka. Semua yang hidup akan mati.
Namun demikian, langkah berani dan gila publisiti Putera IMalaysia bawah Naina ini haruslah dilihat kembali. Dengan mengambil pengalaman di mana-mana kawasan 'panas' dan kritikal dan risiko bahaya ketua Delegasi PUTERA 1MALAYSIA ini gagal mendapat pandangan pakar tentang situasi dan kondisi zon mogadhisu.
Justeru beliau kenalah bertanggungjawab, kerajaan Umno bawah PM1 Malaysia kena bertanggungjawab. Saraan dan masa depan 2 anak allahyarham perlu dibantu. jangan difikirkan, mereka kini menjadi anak yatim.
Aziz bertindak menjadi pelancong misi kemanusiaan. Ini semua menjadi iktibar. Kita tabik dengan niat dan usaha murni Putera 1Malaysia. tetapi niat mereka ini Allah sahaja yang mengetahuinya.
Membantu dan meringankan penderitaan umat sedunia, saudara seagama amat dimuliakan. anda ada;ah insan terpilih yang melakukan misi yang berbahaya ini. tahniah atas usaha gigih anda. tetapi adalah lebih baik tangan kanan yang memberi tangan kiri tidak mengetahuinya.
Teruskan niat murni anda, tetapi hati-hati...
No comments:
Post a Comment