SPR terus mempermain-mainkan rakyat, kini pemilih baru boleh membuat pendaftaran secara online menerusi laman sesawang SPR bagi mereka yang sudah mencecah umur 21 tahun.
Walapun langkah yang dibuat oleh SPR ini adalah langkah baik, tetapi bukan menyelesaikan masalah pokok yang dibangkitkan. SPR masih menumpukan kepada kerja-kerja masalah ranting sahaja, dengan sengaja melengah-lengah dan menangguh-nangguhkan kerja nya yang utama.
Harapan rakyat mahu melihat tindakan SPR 'melakukan kerja-kerja utama secara bertanggungjawab' bersungguh-sungguh gagal menyakinkan rakyat. Tuntutan 8 perkara BERSIH 2.0 langsung tidak diendahkan. Malah tidak diuar-uarkan atau dibincangkan, serta tiada respon perhatian untuk diselesaikan aduan berkenaan. Walaupun aduan berkenaan sudah sampai ke peringkat pengetahuan YDPA. SPR terus berdegil semacam degil tuannya Umno. Buat macam lembu kenyang.
Akhbar dan media terus menguar-uar seolah-olah memuji-memuji dengan melaporkan tentang tindakan terbaru SPR, yang antara lain memberi gambaran kepada rakyat SPR kini mula berubah dan menerima teguran rakyat.
Semua adalah untuk memberi gambaran kepada keyakinan rakyat. Sistem yang digunapakai masih relevan.
Umno Bn dan kerajaan kena ingat kuasa dan kekuasaan regim-regim yang kekal serta rakus kuasa sepanjang pemerintahan mereka seperti Marcos, Suharto, Mubarak, Gaddafi, Asad dan sebagainya jatuh dan gugur satu persatu di tangan rakyat mereka. Gagal dipertahankan walaupun banyak instrument bagi memperkukuhkan legasi kuasa dan kekuasaan mereka lakukan.
Rakyat sudah lama mahu bersabar- 58 isu negara yang dibangkitkan hampir meranapkan negara. wang rakyat dibazirkan, kos sara hidup naik mendadak sejak 20 tahun lalu kepada 400%. Menurut Hamzaid Yahya. Harga minyak 1970an yang boleh dibeli dengan RM0.70 4 liter kini menjadi 1 liter RM1.90 sen bagi RON95. Manakala RON97 menceceah RM2.90 seliter.
Sementara harga rumah waktu itu yang hanya RM20,000 kini mencecah RM70,000 seunit. Harga ikan kembong 1kati hanya RM0.30 sen kini sudah mencecah RM10.00 sekilo.
Ini adalah gambaran hidup dan kehidupan kita semakin hilang nilai dan kualiti. Kehidupan kualiti kita gagal diperlihara dan dijagai baik oleh pemerintah yang ada. Walaupun kedudukan ekonomi negara kita baik. Pendapatan kita tidak seiring naik dengan kos dan perbelanjaan urus bagi kehidupan kita.'
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
MULAI semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan kemudahan pendaftaran pemilih secara online dengan harapan lebih ramai warganegara yang layak iaitu yang berumur 21 tahun, mendaftar sebagai pengundi.
Menerusi kaedah itu, Borang A boleh dimuat turun menerusi laman web www.spr.gov.my.
Awang yakin, langkah tersebut akan membantu memudahkan urusan tersebut terutama di kalangan Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan bakal pengundi secara individu. Sebelum ini, Borang A perlu diambil dari pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja.
Awang difahamkan sebelum ini, kegagalan PPP yang terdiri daripada wakil pelbagai parti politik melaksanakan tugas dengan baik menyebabkan banyak pendaftaran pemilih baru di beberapa negeri terpaksa ditolak.
Antara punca utama pendaftaran pemilih yang dibuat PPP ditolak ialah kerana mendaftar nama pemilik yang telah berdaftar, mendaftarkan pemegang kad penduduk tetap dan mendaftar pemilih yang belum cukup umur.
Bagaimanapun, sekarang tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR. ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
Kemudahan terbaru yang disediakan itu diharap akan mengurangkan dengan ketara kalangan mereka yang layak mengundi tetapi tidak mendaftarkan diri dengan SPR.
Ambillah kesempatan yang disediakan tersebut untuk menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai seorang warganegara.
Awang – Sudah daftar.
No comments:
Post a Comment