Wednesday, August 24, 2011

Takutnya Umno Kuasa Melayu Hilang ?

Satu usaha berterusan dan nampak berkesan oleh Umno dan menjadi senjata ampuh adalah memasak minda Melayu dan pengundi Melayu bahawa Malaysia akan jatuh ke tangan DAP atau Cina.

Resolusi nya melalui gabungan parti-parti bukan Melayu dicampurkan melalui usaha kerjasama antara kaum-kaum bukan Melayu yang dikepalai oleh DAP, MCA, MIC, PPP dan oarti-parti bumiputra di Sabah Sarawak.

Penulis, ditemui oleh seorang rakan yang berkelulusan universiti bertanyakan hal sedemikian. Formula dan penjelasan penulis kepada rakan yang bertanya itu pada pandangan penulis, rakan ini 'sudah termakan' dengan dakwaan Umno yang berjaya menyesakkan minda rakan tentang hal masa depan Melayu di negara ini.

Kesayangan pada bangsa tidak ke mana, penulis jelaskan bagaimana jika kaum-kaum tadi menerima islam dan memeluk agama islam. Adakah dia akan menyokong parti berasaskan kaum atau berlandaskan agama, Hujahnya melalui PAS tiada bangsa tetapi menekankan keagamaan iaitu Islam.

Hujah ini gagal rakan penulis terima secara jelas dan nampak beliau kurang puashati dan ragu-ragu tentangnya.

Kemudian kedudukan perlembagaan yang menentukan segala-gala kerusi adalah SPR dan kerajaan. Kenapa Umno tidak perbanyakkan kerusi-kerusi kawasan Melayu terutama negeri-negeri kelantan terangganu Kedah yang majoritinya Melayu setiap 10 tahun sekali. Kenapa perlu terperangkap dengan jerangkap yang mereka sendiri buat.

Jika SPR berjaya memenangkan kerusi-kerusi pertandingan PAS-UMNO melalui usaha manipulasi dan penipuan. Kenapa kaedah yang sama tidak digunapakai. Kenapa SPR mahu menipu hanya kawasan Melayunya majoriti yang menyaksikan pertembungan antara PAS-Umno sahaja.

Ibarat ini kita dapat saksikan bila polis Melayu membelasah pendemo Melayu BERSIH 2.0 pada 9 Julai di ibukota. Justeru kaedahnya sama sahaja. Dalam hal ini, penulis agak emosi.

Hal ini diterima oleh rakan sekadar mengangguk dan mengiakan sahaja tetapi masih belum puas hati kerana mengetahu sentimen dan pendirian penulis pro ke mana.

Bagi kita yang menghairankan kenapakah kita Melayu tidak mahu menjaga kuasa yang diamanahkan kepada kita dengan sebaik-baik. Pertama amanah dengan kuasa, jangan melakukan rasuah dan penyelewengan, sebab Melayu yang baik adalah Melayu yang ada agama. Bangsa yang terbaik adalah bangasa yang memiliki agama iaitu agama islam.

Kita disuruh mempertahankan agama Islam dan menjaga islam lebih daripada menjaga bangsa Melayu. Jika Islam yang dibawa oleh bangsa Melayu adalah islam yang nabi tuntut dengan mengamalkan sifat dan sikap bertanggungjawab amanah jujur tidak menyeleweng dan sebagai menyebabkan bukan Melayu akan memberikan kita amanah kuasa itu.

islam di zaman nabi adalah kumpulan minoriti, tetapi boleh memerintah Mecca. Itu adalah sirah yang Melayu kena teladani. Sebaik-baik ikutan adalah nabi. Model ikon dan pusat rujukan kita adalah nabi.


No comments: