Wednesday, August 24, 2011

SPR : Pimpinan memiliki memori dan ram yang sudah rosak



Kedegilan SPR melalui kenyataan Timb Pengerusi Wan Omar yang tegar dengan sokongan padu Umno yang dianggap sebagai tuannya. Belaiu cukup taat. Semua teguran , pandangan , nasihat diistilahkan sebagai putar belit, ada agenda politik, sebagai satu taktik kotor pihak-pihak tertentu.

Cadangan penambahbaikan kepada SPR dilihat sebagai usaha perlekehkan. SPR diperlekehkan oleh sesetangah pihak kerana atas sikapnya yang mengambil sikap memihak kepada Umno. Walhal status dan kedudukannya adalah bersikap berkecuali. SPR menampakkan TERUS sikap berkenaan secara terang lagi bersuluh. Sikapnya itu jelas melalui tindakan, kenyataan dan alasannya beri seolah-olah SPR bukan 'pengadil' dalam pilihanraya di negara ini.

SPR tidak menampakkan kewibawaan, seumpama bank-bank yang nampak berintegriti menyimpan amanah, tanggungjawab kepada para pelanggan. Jika tidak mengapa pemimpin negara ini dan dunia memilih Bank Swiss sebagai tempat longgokan harta simpanan mereka.

Inilah wajah atau sikap tanggungjawab yang cuba rakyat pinta. Setiap komen kritikan bukti dapatan oleh rakyat yang memperlekeh tidak dilayan dengan tindakan, tetapi dilayani dengan kenyataan menyenda-nyenda pelanggan nya itu yang membuat komen.

Terbaru Pengerusi SPR menyatakan SPR hanya melakukan kesilapan sebanyak 0.00001 peratus sahaja.

Pada hal SPR gagal melaksana tanggungajwab dengan baik. Peraturan yang dibuat dilanggar, umpama kempen sudah menjadi 7 hari, data daftar pemilih disyaratkan seseorang boleh mendaftar dengan syarat dia bermalam disesutu tempat, sila lihat peraturan-peraturan SPR yang semua ketinggalan zaman dan kuno.

Pegawai-pegawai yang usang pemikiran serta konsevertif umpama Dato Wira SPR ini sudah tidak relevan dengan dunia globalisasi. Spesis ini sendiri menjahanamkan Program traformasi Negara, tidak memiliki minda kelas pertama dan gagal berfikiran 1Malaysia



Bantulah, bukan perlekeh SPR

KEBELAKANGAN ini, setiap kali kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat kenyataan atau memberi penjelasan tentang urusan pilihan raya baik melalui media, forum dan sebagainya, ada pihak yang memutarbelitkan penjelasan SPR menuduh tidak adil dan sebagainya.

Setiap penjelasan isu-isu oleh SPR akan dilihat dari sudut negatif dengan bermotif agenda politik supaya rakyat, terutama golongan yang tidak membaca undang-undang pilihan raya, terpengaruh dan marah.

Apa pun cara permainan politik kotor golongan ini, SPR mempunyai tanggungjawab untuk terus memberi maklumat yang betul supaya rakyat faham dan tidak keliru. Jika rakyat selaku pengundi faham dan tidak keliru, mereka berupaya menilai dengan baik dan membuat keputusan yang tepat.

SPR telah berulang-kali memberi penjelasan berhubung dengan isu daftar pemilih. SPR juga berterusan mengingatkan orang ramai supaya mendaftar dan menyemak daftar pemilih.

Masih terdapat 3.7 juta lagi rakyat negara ini yang berumur 21 tahun dan ke atas yang belum mendaftar. Pelbagai promosi telah dilakukan dan berbagai saluran disediakan untuk rakyat mendaftar.

Lebih 10,000 penolong pendaftar pemilih (PPP) mewakili semua parti politik telah dilantik sebagai PPP di seluruh negara untuk mendaftar rakyat yang belum mendaftar.

Atas dasar adil kepada semua pihak, setiap parti diberi pelantikan dua PPP mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Wakil-wakil NGO juga dilantik, selain wakil-wakil jabatan /agensi kerajaan dan individu tertentu dari pelbagai persatuan seluruh negara.

Orang ramai juga diingatkan supaya menyemak butir-butir dalam daftar pemilih. Tujuannya semata-mata supaya mereka dapat memberi maklum balas kepada SPR untuk membantu membersihkan daftar pemilih.

Kebelakangan ini, ada pihak tertentu yang membuat semakan daftar pemilih bukan bertujuan untuk membantu SPR membersihkan daftar pemilih, tetapi untuk memperlekehkan daftar pemilih dan menjatuhkan nama baik SPR.

Apa-apa rekod yang diragui yang ditemui, tanpa merujuk kepada SPR untuk disemak, mereka terus mendedahkan melalui media sebagai modal propaganda politik murahan bertujuan untuk memalukan SPR.

Kebanyakan pendedahan tersebut terbukti tidak benar dan fitnah. Mereka tidak bertanggungjawab.

Mereka sepatutnya merujuk setiap penemuan rekod dan kemusykilan kepada SPR untuk disemak atau pengesahan, tetapi kerana tidak ikhlas, mereka lebih gemar mendedahkannya melalui media bertujuan supaya SPR dilihat tidak cekap atau kononnya wujud penipuan dalam penyediaan daftar pemilih.

Tentang daftar pemilih, SPR ingin menegaskan bahawa sistem pendaftaran dan penyediaan daftar pemilih melalui ‘sistem pendaftaran sepanjang tahun (e-SPPST)’ yang diguna pakai sekarang hanya menerima kemasukan data pendaftaran daripada warganegara yang sah.

Dalam perkataan lain, hanya warganegara yang layak di sisi undang-undang yang dapat mendaftar sebagai pemilih. Sebarang percubaan untuk memasukkan data bukan warganegara tidak akan diterima masuk oleh aplikasi sistem tersebut.

Justeru, andaian bahawa bukan warganegara telah didaftar sebagai pengundi adalah tidak benar sama sekali.

Pelbagai fitnah disebar oleh mereka yang berkepentingan supaya SPR di lihat tidak adil dan tidak berkecuali dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Tujuan mereka ialah supaya rakyat terpengaruh dan bersimpati sebagai ‘strategi’ dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Pada waktu yang sama merupakan alasan jika mereka kalah dalam pilihan raya akan datang di mana kekalahan mereka kononnya kerana SPR tidak adil.

Fikir-fikirlah.

DATUK WIRA WAN AHMAD WAN OMAR, Timbalan Pengerusi SPR

No comments: