Masih laku dan pandangan bangkit beliau sebagai seorang negarawan Dr M, dengan kali ini bangun mempertahankan institusi raja-raja Melayu bahawa dakwanya pembangkang tidak menghormati raja Melayu.
Bagi orang yang baru mengenali politik Dr M dan Umno. Dr M sendiri terkenal dengan membawa retorik fahaman tersohornya iaiti Melayu Mudah Lupa, yang dilagukan serta didendangkan oleh pencacai Umno menjadi sifir semua fasilitator JASA, BTN dengan istilah ini. Maka secara sedar atau tidak mereka sendiri tidak sedar ke diri. Dengan apa yang mereka katakan. Ibarat amfibia yang berubah-ubah ikut alam sekeliling atau dimana tempat ia bertenggek, jenis ini.
Sebagai ingatan, siapa antara Umno dan pembangkang yang tidak langsung menghormati raja, bukan sekadar hormat malah kuasa raja-raja Melayu telah ditanggal dan dicabut dan dilondeh oleh nya bersabit Umno bawah Dr M lah.
Waktu itu tiada siapa yang berani menentangnya kerana beliau adalah 'raja' waktu itu. Hari ini dengan politik bermukah beliau bernada lain dan minta pihak pembangkang menghormati raja melayu.
No comments:
Post a Comment