Sunday, August 07, 2011

Shahrizat Perihatin Tetapi Masih Dalam Umnopro ?


Ditengah kekecohan semua orang isu serbuan JAIS ke sebuah gereja kelmarin, gempak 1Malaya. Semua perhatian dan tumpuan rakyat terbanyak ke arah isu ini. Masing-masing tertanya-tanya ada yang menyokong ada yang menentang serta ada pula yang fana begitu sahaja.

JAIS menjadi medan kecaman, malah JAIS mempertahankan tindakan demi mempertahankan dan menyelamatkan aqidah umat. Ini adalah kerja besar.

Dalam hal ini PAS terpalit, kerana exco agama adalah Dato Hassan Ali, kini merupakan ajk PAS Pusat.

Pusat Zakat yang berada di negeri berkenaan turut terplait menerima kecaman. Entahlah mungkin Pusat Zakat tidak cukup kakitangan atau terlepas pandang terhadap mereka itu. Walaupun kita nampak Pusat Zakat Selangor mula mengorak langkah membuat pendekatan penyampaian sumbangan.


Semua orang panik mencari punca permasalahan individu beragama Islam yang hadir dan diundang ke majlis bagi menyampaikan sumbangan (pertolongan) kepada mereka.

Hari ini, dengan tidak semena-menanya hanya Sharizat sahaja yang nampak puncanya. Maka katanya datanglah ke JKM kalau tiada wang. Kami sedia banyak duit RM1.2 billion setahun bagi memberi bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Nah, inilah baru namanya seorang menteri yang perihatin, pemyelamat ummah. Kita sayang dekat dia, tetapi orang Lembah Pantai tolak dia. Harap-harap Shahrizat alih kem ke Pakatan lah.

Orang yang baik macam dia, tak usahlah duduk tempat yang 'tidak baik' dia kena bersama-sama kumpulan orang yang baik. tak gitu....Tahniah Shahrizat anda perihatin, tetapi masih dalam Umno itu masalahnya...


Datang ke JKM jika ada masalah kewangan - Shahrizat

07/08/2011 8:58pm

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan.

Beliau berkata kementeriannya melalui jabatan itu membelanjakan sebanyak RM1.2 bilion setahun bagi membantu kira-kira 450,000 orang setiap tahun.

Katanya tidak timbul isu bantuan yang diberikan kerajaan tidak mencukupi memandangkan terdapat banyak agensi termasuk orang perseorangan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan kementerian lain yang turut memberikan bantuan.

"Tidak ada negara di dunia ini atau kerajaan yang boleh membantu setiap rakyatnya dalam segala situasi. Kita bukan negara kebajikan tetapi kita kerajaan yang prihatin.

"Kalau ada keluarga atau mana-mana rakyat yang betul-betul tidak ada pembelaan, tidak ada duit datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Itu saja yang kita perlu,” katanya selepas menghadiri Acara Detik 30-Jam Berlapar 2011 di sini hari ini.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal Islam, sebelum memesongkan akidah mereka.

Bantuan tersebut meliputi wang tunai, tempat tinggal, makan minum percuma, wang pendidikan dan saraan kos ketika sakit. - Bernama



No comments: