Monday, August 08, 2011

Utusan Melayo: Tolong jangan laporkan perasaan secara menguris dan hentikan provokaktif isu ini


Menjaga maruah dan umat serta aqidah umat Islam bukan sahaja dengan 1Serbuan sahaja. Adalah satu tanggapan yang salah jika kita sudah anggap amat berjaya dengan 'hanya menutup satu lubang' (serbuan ke gereja) maka kita sudah selamat dan membuat kerja-kerja menyelamatkan ummah.

Inilah bentuk pemahaman atau persepsi syok sendiri bahawa kita sudahpun menjaga dan memelihara agama kita. Wal hal banyak saluran - saluran bagi menyelamatkan aqidah ummah yang kerajaan perlu lakukan bagi tujuan pemesongan aqidah antaranya rancangan-rancang tv, pengedaran makalah dan majalah, budaya songsang, pemakanan dan sebagainya.

Kemuncak daripada keketatan dan kekerasan kita, kenapa ummah yang murtad dalam negara mningkat dan lebih malang lagi kemurtadan mereka secara terang-terang mencabar kewibawaan dan kredebialiti kerajaan dengan permohonan mereka untuk murtadkan diri dibuat secara bertulis secara rasmi kepada pihak kerajaan. Inilah yang paling mencabar dan amat tercabar .

Utusan Meloya khasnya, tidak lebih sebagai juru lapor yang hanya sekadar mahu memainkan isu, ataupun bawah sedar mereka mahu membakar 'perasaan ummah' dengan isu ini. Sekaligus mahu memaparkan kelemahan pihak yang memerintah. Niat dan tindakan terhadap niat serta laporan dan niat terhadap laporan sebegitu kita merasakan ia tidak membantu, malah ia tidak lebih bagi memarakkan kemarahan ummah yang amat sensitif dengan isu agama.

Penulis bukanlah mengambil sikap membela dengan 'tindakan 15' orang ini atau G15 yang mencemarkan keharmonian beragama. Merekapun tidak menjangkakan sebegini, tetapi jika kehadiran mereka 'mungkin' dengan jumlah kekerapan yang 'mencurigakan' maka tidaklah menjadi kesalahan pihak berkuasa JAIS menyerbu, berdasarkan maklumat yang mereka perolehi.

Dalam hal ini, sentimen kepartian dan agenda kepartian hendaklah dikemudian.Dan marilah kita berfikir secara positif dengan tindakan JAIS.

Apa pun kedua-dua pihak telah diguris dan terguris perasaan, ummah sendiri dan pihak gereja juga.


Sanggup gadai maruah Islam

PUTRAJAYA 7 Ogos – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikecam kerana sanggup menggadaikan maruah agama Islam demi kepentingan politik dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdolak-dalik mengenai isu itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin itu terhadap tanggungjawabnya menjaga kepentingan ummah.

Beliau berkata, dalam isu tersebut Abdul Khalid sepatutnya menjaga maruah agama Islam dan bukannya mengecam JAIS yang membuat pemeriksaan.

“Kita lihat motif sebenar Abdul Khalid berbuat demikian hanya untuk menjaga hati pemimpin bukan Islam yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

“Kerana kepentingan politik dan jawatan, beliau sanggup menggadaikan maruah agama selain turut mengarahkan semua Exco Selangor menutup mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama lain terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Menurut Mohd. Jurit, GNM menyokong penuh tindakan JAIS kerana jabatan itu menjalankan tugas yang diamanahkan demi menjaga kepentingan agama Islam.

Sementara itu Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia, Jamaludin Yusof menggesa Abdul Khalid berundur daripada jawatannya jika tidak mampu mempertahankan kesucian Islam akibat tekanan segelintir Exco yang berkepentingan di Selangor.

Katanya, ini bagi memastikan para penganut Islam di negeri itu tidak terdedah dengan risiko murtad akibat pujuk rayu gereja dan dakyah sesetengah pihak berkepentingan.

Katanya, Pekida memandang serius perkembangan itu kerana kesucian Islam dan para penganutnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Abdul Khalid perlu bertanggungjawab dalam isu kesucian Islam dan penganutnya serta berundur jika tidak mampu lagi memeliharanya.

“Pekida sentiasa menghormati para penganut agama lain tetapi janganlah pula mereka mengambil kesempatan memurtadkan umat Islam kerana ia salah dari sisi undang-undang,” tegasnya.

Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan pula kecewa dengan tindakan Abdul Khalid yang seperti memihak kepada pihak gereja berkenaan walaupun belum meneliti laporan lengkap JAIS.

Katanya, Abdul Khalid sepatutnya bersikap telus dengan meneliti laporan kedua-dua pihak terlebih dahulu iaitu JAIS dan gereja berkenaan sebelum menyatakan rasa kekesalan.

No comments: