Sunday, August 07, 2011

Musuh bersorak suka, umat berantakan

Satu tindakan bijak, PAS Pusat bawah kepimpinan Tuan Guru kini berdepan dengan satu lagi cabaran dan dugaan khas di bulan Ramadhan Mubarak.

Dikala semua umat berpuasa, dan mereka yang terlibat juga berpuasa iaitu sebahagian orang islam yang dijumlahkan seramai 15 orang diundang oleh pihak gereja di satu majlis penyampian dana dan sumbangan kepada mereka yang tidak bernasib baik agaknya.

Undangan diterima oleh umat islam ini, mereka jujur ke sana atas alasan mereka ke sana mereka sahaja yang tahu tujuannya. Sementara majlis itu atas niat dan tajaan apa apa perlu mereka( 15 orang) tadi fikirkan. Kerana mereka rasa dihargai dan diperhatikan maka sebab itulah mereka ke sana.

Apa pun atas apa niat, yang salah adalah kita. Dari pemimpin umat, pihak berkuasa, umat itu sendiri, masyarakat setempat, masyarakat islam seluruhnya, institusi - institusi berkenaan ; pihak berkuasa agama, pusat zakat dan bermacam-macam lagi yang menjaga agama dan sebagainya mesti bertanggungjawab.

justeru kita jangan marah kepada orang yang mahu membantu dan mereka yang menerima bantu. Sebab semuanya bermula dan salahnya daripada kita. Kan yang berkuasa kita (umat islam) kan yang memegang ibu bantuan kita (umat Islam), kan yang menerima sumbangan orang kita (umat islam). Dah kenapa kita salahkan orang tidak salahkan kita.

Media macam biasalah, dalam berpolitik mereka macam suka PAS buat tindakan kepada Hassan Ali. Kita lihat jika ikut perlembagaan pemecatan seseorang ada beberapa sebab. rujuk perlembagaan PAS. Ada prosedur atau ada kaedah, takkanlah dengan satu tindakan dan cakap sudah dikira mahu dipecat.





Tiada Tindakan Terhadap Hasan, PAS Mahu Jumpa JAIS, Gereja

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung kenyataannya yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya pada Rabu lalu.

Sebaliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti berkenaan mengambil pendirian menyerahkan kepada kerajaan Selangor bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"PAS tak buat apa-apa keputusan terhadap Datuk Dr Hasan, beliau akan teruskan tugasnya sebagai exco," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) di sini, Ahad.

Pada mesyuarat hampir lima jam yang turut di hadiri Dr Hasan, CWC turut diberi penjelasan berhubung insiden serbuan di majlis makan malam muhibah di Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC).

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, PAS memutuskan untuk bersemuka dengan JAIS dan pihak gereja sendiri bagi mendapatkan maklumat terperinci.

"Kita akan turun ke medan, kita nak dapatkan sendiri penjelasan daripada kedua-dua pihak.

"Kita tak boleh dengar penjelasan daripada Dr Hasan sahaja...kena berlaku adil," katanya.

Ditanya sama ada PAS meragui penjelasan Dr Hasan yang dilihat bertentangan dengan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Hadi berkata isu berkenaan tidak seharusnya dibangkitkan.

"Bukan soal tak percaya penjelasan atau tidak, tapi tak cukup. Laporan media lagi tak boleh percaya. Jadi kita mahu dapatkan maklumat tepat dan terpeinci.

"Dr Hasan sendiri beritahu bahawa beliau pun dapat maklumat daripada JAIS selepas serbuan dibuat," katanya.

Sementara itu ditanya sama ada haram sekiranya orang Islam menerima bantuan daripada penganut agama lain, Abdul Hadi berkata: "Tanya mufti, saya tak ada tauliah untuk jawab hukum."

No comments: