Thursday, August 04, 2011

Sah: Tiada pemimpin Umno yang sanggup pertahan Najib

Semakin kuat Utusan Meloya menyerang PAS dan Pakatan semakin kuat pula gerakan menjatuhkan Najib yang diumpamakan sebagai 'Libaliti kepada Umno'.

Pendedahan terbuka oleh SUA PAS Dato Mustafa Ali hari ini, adalah satu usaha atau signal kepada Najib sebagai rakan sepolitik dalam negara. Justeru ingatan ini supaya Najib usahlah beria-ria menyerang pembangkang itu ini, tetapi usaha selamatkan diri dalam politik negara sebagai lebih afdal

Sanggahan tidak ada samada dari mana-mana pimpinan Umno atau cabang Umno. Justeru serkapan SUA PAS itu adalah ada kebenarannya.

Cuma sebelah petang, wartawan sibuk mencari pihak yang bersedia mempertahankan Najib. Maka tiada yang mahu mempertahankan Najib. tetapi cuma ada seorang dalam Umno yang 'galak' nampak mempertahankan Najib. Macam ada sesuatu sahaja lagak dan gayanya..


Pas ketandusan isu hingga fitnah Najib dan UMNO
04/08/2011 5:39pm

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Dakwaan Pas kononnya wujud gerakan dalam UMNO untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tuduhan tidak benar dan membuktikan Pas sudah ketandusan isu, kata Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin.

Beliau berkata, dakwaan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dibuatnya pada satu sidang akhbar di sini hari ini menunjukkan parti itu sengaja mengadakan isu itu bagi mewujudkan suasana berpecah-belah dalam kalangan anggota UMNO yang kini mantap menyokong Najib.

“Bagaimana seorang presiden parti (Najib) boleh menjadi liabiliti kepada parti yang semakin bagus prestasinya?” kata Badruddin kepada Bernama di sini hari ini bagi mengulas dakwaan Mustafa kononnya UMNO menimbulkan isu Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang untuk menutup isu dalaman UMNO dan wujudnya gerakan serius dalam UMNO untuk menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 nanti. - Bernama

No comments: