Thursday, August 04, 2011

Bila Larangan Had Aktiviti Pusat Hiburan DiTertawakan, Inilah akibatnya ?

Inilah bahananya jika melanggar 'pesanan Tok Guru'. Kerajaan negeri Kedah mahu premis hiburan ditutup sepanjang bulan Ramadhan. Sebabnya banyak, pusat hiburan bukanlah tempat yang 'baik' dan sesuai tempat untuk melepaskan lelah dan penat, tetapi pusat ini adalah punca kepada banyak masalah sampingannya.

Bermula daripada pengusaha, pengunjung dan mereka yang mahu membuat 'pengisian' di tapak tapak dan premis hiburan. Ia adalah satu tempat dan ibu punca maksiat.

Buktinya seperti apa yang berlaku di bawah. Inilah hasilnya dan kesannya, memang ia tempat mendatangkan masaalah...


Pemuda parah ditetak kerana langgar wanita


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PARAH...Sateesh dirawat di HKL.
PARAH...Sateesh dirawat di HKL.

KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham dalam sebuah pusat hiburan, seorang lelaki retak tempurung kepala selain ditetak puluhan kali di seluruh badan ketika makan di kawasan berdekatan dengan pusat hiburan di Jalan Sungai Besi itu di sini, awal pagi Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa, S Sateesh, 22, pergi ke pusat hiburan itu bersama tiga lagi rakannya. Mereka menari sebelum seorang daripada rakannya terlanggar seorang wanita hingga terjatuh.


Bapa mangsa, R Segaran, 50, berkata akibat kejadian itu, berlaku perselisihan faham antara rakan anaknya itu dengan pengawal kelab malam berkenaan sebelum berlaku pergelutan.

“Seorang lagi lelaki yang sedang berhibur mengusir anak saya dan rakan-rakannya keluar. Mereka kemudian makan di sebuah restoran di kawasan berhampiran,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.


Beliau berkata, ketika makan, tiba-tiba datang empat lelaki dipercayai pengawal keselamatan kelab malam berkenaan menyerang anaknya dan tiga rakan.


“Anak saya terjatuh sebelum kumpulan terbabit menetak kepala dan badan menggunakan parang manakala tiga rakan anak saya melarikan diri,” katanya.

Katanya, anaknya ditetak lebih tiga kali di kepala yang menyebabkan tempurung kepalanya retak, telinga kirinya putus separuh selain kesan tetakan di beberapa bahagian badan termasuk leher dan tangan yang menyebabkan beberapa uratnya putus.

No comments: