Wednesday, August 03, 2011

Pakatan Gandakan Gerakan Kawasan Hitam ?

PAS dan Pakatan Rakyat juga akan menghadapi trend yang sama seperti mana Parti Demokrat Thailand ( Parti Pheui Thai ) dan Repubalikan akan memenangi kawasan bandar.

PAS dan Pakatan akan mememangi seluruh kawasan bandar di Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak. Manakala BN akan memenangi keseluruhan kerusi di kawasan luar bandar serta pedalaman.

Inilah trend terkini yang dapat kita 'tinjau' tentang landskap politik Malaysia. Arus perubahan dan tamadun manusia bermula di kawasan bandar. Sejarah akan berulang kembali. Bagaimana kawasan-kawasan perbandaran akan cepat menerima perubahan.

Pakatan akan 'kalah teruk' di kawasan luarbandar. Dan akan menyapu bersih semua kerus kawasan bandar.

Justeru jentara Pakatan kena berusaha berganda-ganda bagi memecahkan benteng 'pertahanan kebal' Umno Bn ini. Usaha luarbiasa kena dimulai dan digerakkan. Umno nampak optimis dan kekal mempertahankan benteng tersebut. Buktinya hari ini Najib mengumumkan berjuta-juta bagi komuniti FELDA menjelang raya akan datang ini. Semua adalah usaha pancing simpati dan undi sahaja.

Oleh itu kita dapat zonkan kawasan hitam adalah kawasan-kawasan luar bandar bagi Pakatan dan kawasan bandar adalah kawasan putih atau selamat bagi Pakatan pada pRU akan datang.



Adik Thaksin bakal PM Thailand


Yingluck (dua dari kiri) bergambar bersama-sama wanita Islam Thai ketika mengadakan kempen di sebuah masjid di Bangkok, semalam. - AFP


BANGKOK 3 Jun - Ketua Parti Pheu Thai, Yongyuth Wichaidit hari ini mengesahkan Yingluck Shinawatra, adik bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra bakal menjawat jawatan Perdana Menteri jika parti mereka menang pada pilihan raya umum negara ini kelak.

Yingluck kini berada di kedudukan pertama dalam senarai untuk Parti Pheu Thai untuk menjawat jawatan itu jika part itu menang, manakala Yongyuth pula di kedudukan kedua.

Namun, Yongyuth berkata, beliau tidak tidak akan menerima jawatan itu jika partinya menang.

Ketika temu bual eksklusif bersama The Nation hari ini, Yongyuth yang merupakan seorang daripada pembantu paling dipercayai Thaksin, menafikan akan menjadi satu lagi calon Perdana Menteri jika Yingluck tidak boleh menjawat jawatan itu.

"Jika kami membiarkan orang lain selain Yingluck menjadi Perdana Menteri, ia sama seperti menipu rakyat," katanya merujuk kepada kempen parti yang mempromosikan ahli perniagaan kaya itu untuk jawatan tertinggi negara ini.

"Saya 100 peratus yakin bahawa jika Parti Pheu Thai menang pada pilihan raya 3 Julai ini, Yingluck akan menjadi Perdana Menteri," tegasnya. - AGENSI

No comments: