Friday, August 26, 2011

Murtad: PPPMM hanya kencing kuat

PPPMM mungkin lupa dan tidak sedar dengan apa yang diucapkan. Ucapan dan kenyataan kumpulan ini tidak lebih daripada mahu menjadi 'kumpulan sorak' sahaja. Kumpulan yang hanya mahu mencari publisiti bagi menampakkan keberadaan mereka di persada politik Malaysia. Kumpulan yang mahu meraih perhatian massa dan kumpulan hanya sekadar menyibuk dalam isu ini.

Adakah mereka sedar, bahawa sebelum kes gereja DUMC diserbu oleh JAIS di negeri Selangor baru lalu. Mufti kerajaan Perak Dato Harussani pernah mengemparkan negara kita dengan membuat pendedahan bahawa lebih 120,000 orang melayu telah murtad.

Kerajaan dan media serta massa kaget dengan pendedahan itu, rata-rata memberi reaksi meragui fakta berkenaan. malah secara terang-terangan mereka mencabar supaya mufti berkenaan berhato-hati dengan fakta berkenaan.

malah menteri yang berkaitan dengan hal itu, menafikan angka yang didedahkan oleh mufti berkenaan. Dan menyatakan ada tetapi tidak ramai katanya.

Kemudian itu, isu berkenaan berlalu begitu sahaja bagai ditiup angin. Masyarakat lupa dan senyap sepi. Dan meletus kembali kini kerana Selangor negeri Pakatan Rakyat.

Dan menyaksikan kenyataan PPPMM menggambarkan kita sudah lemah dan ketiadaan undang-undang dan agensi penguatkuasa bagi menahan dan menjadikan benteng gejala ini berterusan.

Kenapa dan mengapa kegagalan kita , menyekat anak-anak muda kita murtad ? Adakah kes murtad yang hanya diberi fokus hanya melayu masuk kristian sahaja. Bagaimana dengan murtad dengan yang lain-lain.

Bayangkan gejala riddah zaman Umar mereka yang enggan membayar zakat ? Bagaimana tindakan khalifah waktu itu


Pemimpin gagal pertahan akidah harus 'diperangi'

JOHOR BAHRU 25 Ogos - Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) menyifatkan pemimpin Melayu Islam yang gagal bersatu mempertahankan akidah sebagai dayus dan harus 'diperangi' habis-habisan.

Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, akidah adalah perkara paling asas dalam kehidupan umat Islam yang tidak boleh dikompromi.

"Nilai akidah umat Islam tidak boleh dihitung dengan jumlah kertas undi apatah lagi dengan secebis kuasa politik. Sebaliknya, ia harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun dan tidak ada istilah toleransi atau rundingan.

"Jika inginkan kuasa janganlah seperti orang kebulur sangat. Mencari kuasa atau ingin berkuasa mestilah ada hadnya. Jangan sampai kita sanggup menggadaikan akidah semata-mata mahu mencari keuntungan politik dan peribadi jangka pendek," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat masih gagal menyelesaikan isu pemeriksaan gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.

Kelmarin, Abdul Khalid menimbulkan polemik apabila mengumumkan penubuhan majlis penasihat syura yang kononnya dicadangkan oleh Sultan Selangor sedangkan ia tidak mendapat perkenan baginda.

Sebaik sahaja ditegur oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah, Abdul Khalid mengubahnya kepada Jawatankuasa Pendengaran sebelum mengubah lagi semalam kepada gerak kerja pendengaran.

A. Rahman berkata, apa yang berlaku di gereja itu seharusnya membuka mata umat Islam terhadap ancaman yang sedang dihadapi dan perlunya mereka bersatu dalam menangani isu berkenaan.

No comments: