Friday, August 26, 2011

Lynas: Kenyataan Media PAS IM


Assalamualikum dan Salam Sejahtera.


Sidang media ini dibuat sebagai respon kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh dua orang individu iaitu Prof ahmad Termizi dan Dr Che Rosli Che mat yang telah disiarkan oleh stesen TV3 pada 24 Ogos 2011 yang lalu.






BADAR dan PAS Indera Mahkota menghormati kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat yang memang menjadi asas perjuangan kami selama ini tetapi ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan atas nama kepentingan individu tertentu tidak seharusnya mengheret nama baik parti dan dasar perjuangan yang diputuskan secara syura.

Justeru itu BADAR dan PAS Indera mahkota mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr.Rosli che Mat yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat di atas sikap beliau membelakangkan parti , kepimpinan dan juga keputusan yang telah dibuat walau atas apa jua alasan yang hanya beliau dan allah sahaja yang mengetahui buat masa ini.


BADAR dan PAS Indera Mahkota selaku organ yang paling hampir dengan kilang LAMP ini sekali lagi menegaskan bahawa kami tetap berpendirian tegas supaya pembinaan dan pengoperasian LAMP ini mesti dihentikan serta merta tanpa alasan demi keselamatan dan kebajikan rakyat dan negara.


Pendirian BADAR dan PAS Indera mahkota ini adalah selari dengan pendirian PAS pahang dan PAS Malaysia sebagaimana yang ditegaskan oleh tiga pemimpinan utama PAS semalam iaitu Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS Malaysia merangkap Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan pengerusi Lajnah Alam Sekiotar PAS Malaysia Haji zulkefly Mohamad Omar.


BADAR dan PAS Indera Mahkota juga berpendirian bahawa PAS alaysia mesti mengambil tindakan tegas terhadap Dr.Che Rosli diatas sikap beliau yang jelas membelakangkan keputusan parti dan mengelirukan rakyat melalui medium yang jelas memberi impak negatif dan amat memudaratkan parti dan rakyat.


BADAR dengan sokongan penuh dari PAS Indera mahkota ,PAS ahang dan juga PAS Malaysia akan meneruskan tindakan dan perancangan yang telah diatur bagi menentang operasi LAMP seperti tindakan mahkamah dan jga kempen peringkat nasional melaljui program " World Clean-up Day " yang akan diadakan pada 17 - 18 September 2011 di Sungai Ular.,Kuantan


Justeru sokongan dari rakan rakan media , NGO, agensi agensi kerajaan dan swasta ,kompenen PR dan orng persaorangan diharap dapat membantu kami menjayakan program ini dan juga apa jua aktiviti dan perancangan bagi menentang pembinaan dan pengoperasian kilang LAMP ini.


Sekian ,Terima Kasih


Tim.YDP PAS Indera mahkota

1 comment:

1Crony said...

Dimanakah Che Rosli Sewaktu Trajedi Bukit Merah?

TV3 suku menyiarkan kenyataan seorang MP PAS bernama Che Rosli yg mendakwa kilang yang bakal di bina di Kuantan itu selamat untuk semua orang.

Merujuk kepada biodata Che Rosli di Facebook, tertera:

AHLI JAWATANKUASA PERLINDUNGAN SINARAN.
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM, MALAYSIA, 1984-1999

Ini bererti Dr. Che Rosli adalah antara yang memberi khidmat kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom(LPTA) sewaktu berlakunya trajedi keracunan radioaktif di Bukit Merah sekitar 1984 hingga sekarang.

Keracunan radioaktif (antara lain)akibat stor simpanan bahan buangan kilang nadir bumi milik Mitsubishi Chemicals, Tabung Haji serta beberapa syarikat bumiputra yang lain.

Mengapa LPTA disebut? Ini adalah kerana sewaktu berlaku keracunan radioaktif ini, LPTA telah mengeluarkan lesen bagi kilang tersebut untuk beroperasi. Di dalam ombak protes dari penduduk2 tempatan, LPTA terus memberi lesen.

LPTA terus memberi lesen kerana mereka berkata kilang tersebut selamat dan tidak membahayakan kesihatan penduduk setempat.

Dan dari biodata Dr. Che Rosli, beliau berkhidmat dengan LPTA sepanjang skandal/trajedi Bukit Merah yang meragut nyawa itu.

Maka, Tulang Besi tidak boleh menerima jaminan Dr Che Rosli bahawa kilang Lynas itu bakal selamat.

Ini kerana LPTA juga telah memberi jaminan kepada penduduk Bukit Merah bahawa kilang nadir bumi Mitsubishi itu selamat. Malangnya, jaminan LPTA satu masa dahulu adalah pembohongan semata-mata dan 9 penduduk tempatan telah menghadapi penyakit leukemia, anak2 lahir cacat dsbnya.

Dan oleh kerana Dr Che Rosli berkhidmat dengan LPTA sewaktu trajedi Bukit Merah berlaku, maka Tulang Besi beranggapan apa-apa jaminan yang datang dari alumni LPTA tidak boleh dipercayai angkara trajedi Bukit Merah.

Tulang Besi juga rasa, kalau benarlah dakwaan Che Rosli ni, Tulang Besi cadang kilang RARE EARTH ini dibina di sebelah rumah Che Rosli. Tulang Besi nak tengok berani atau tidak?

Tidak hairanlah walaupun diberi jaminan berulang-ulang kali oleh LTAP dan beberapa pakar, penduduk Kuantan dan Gebeng tetap menolak kilang Lynas. Mereka belajar dari pengalaman rakyat Bukit Merah.

Dari Blog Tulang Besi