Sunday, August 14, 2011

Mana pergi Menteri KDN ?


Semua berlaku sesudah Subuh. Kenapa dan mengapa Noh Omar yang bangun memberi penjelasan. Nampak sangat menteri yang menjaga KDN tidak bertanggungjawab dan tidak mahu mengambil tanggungjawab.

Inilah namanya manipulasi sistem, kita boleh meragui adakah Mismah sudah tinggal di negara ini sejak 29 tahun ? Benarkah begitu, kenapa tidak dibuat segera penjelasannya kepada rakyat ?jika mereka cekap dan telus dengan data dan maklumat. Kenapa tidak jelaskan ? Bahkah masa yang diambil untuk memperjelaskan hal sedemikian adalah terlalu lama dan lambat.

Seterusnya lagi tentang keraguan kenapa permohonan Mismah emngambil masa sehingga 29 tahun. Kelulusannya baru kini, semasa Umno memerintah Selangor kenapa pinggirkan Mismah. Kini kenapa Mismah amat berguna kepada 'mereka'.

Dan persoalannya Mismah mohon dah 29 tahun, permohonannya baru diangkat dua jam dan diluluskan . Ini KPI atau kayu api atau ISO mana yang JPN gunapakai ?

Mengapa dan kenapa Pengarah JPN hanya membantu serta mendiamkan diri, jika makulmat itu ada. Sila jelaskan. Yang jelas Pengarah JPN kini duduk jelas bawah ketiak Noh Omar. Menjadi alat dan diperalatkan. Sementara menteri berkenaan langsung tidak bertanggungjawab dan mahu mengambil tanggungjawab.

Maka rugilah duit rakyat dan negara kerana kita bermenteri sepertinya, tidak pandai menjalankan kerjanya yang ini juga adalah terlebih penting dan teramat juga mustahak. Yang kita nampak paling dia sibuk bila Himpunan BERSIH 2.0 tempoh hari. Menteri berkenaan berlumba-lumba dengan KPN dan Timb KPN mengugut rakyat dan sebagai supaya tidak hadir.

Berhubung dengan menteri berkenaan kenapa dia tiada maklumat, kenapa Noh yang bercakap. Ini bukan bawah bidang kuasa Noh. Mungkin juga menteri berkenaan juga tiada maaklumat. Aataupun maklumat baru direkacipta atau direkyasa. Berapalah Mismah itu disogok ?

Lebih malang Pengarah JPN gagal tampil memberi penjelasan, samada beliau diminta tutup mulut kerana dia adalah seorang penjawat awam. ataupun dia pun memang tiada maklumat juga. Lagi malang negara kita, orang yang diamanahkan gagal melaksana amanah malah dia khianat. Sia-sia berpegang dengan pelbagi TONGAK yang perlu dihafal oleh penjawat awam. Adakah TONGAK itu retorik atau hanya soalan untuk skim Peperiksaan PTK kepada kakitangan awam.

Soal penyalahgunaan kad pengenalan dan penganugerahan warga negara bukan soal yang kecil. Zaman sebelum merdeka penulis masih ingat bagaimana pejuang-pejuang nasionalis Melayu marah kepada British dan kempimpinan Umno kerana menganugarhakan kerakyatan kepada bukan melayu waktu itu secara JUS SOLI.

Kini JUS SOLI paling dahsyat telah berlaku dalam negara kita. semuanya gara-gara ingin kekal dan mengekalkan ekkuasaan mereka. Justeru apa bedanya zaman dahulu dengan sekarang.

Memang kita tidak dapat mengubah sejarah, namun sejarah itu tetap berulang. Yang kelak mencarut dan memaki hamun kita adalah cucu cicit kita, jika bumi ini masih ada. bagaimana dungu dan lemahnya bapa dan datuk mereka menguruskan negara ini.

Umno Apco penipu melalui kursus BTN kita diminta mengalunkan lagu ANAK KECIL JANGAN BERMAIN API. Semuanya penipu belaka.


Kini, rakyat Malaysia lebih terkeliru dan boleh mengeirukan dengan pemakaian sistem KOD ikut kelahiraan yang juga mula berubah, umapamnya jika anda lahir di Pahang Darul Makmur , kod yang dipakai adalah 06 bagi negeri kelahiran kini ditambah lagi kepada angka 33, rasonalnya tanya JPN lah. Justeru pengesanan oleh pihak pembangkang Kod 71 adalah mereka yang lahir di luar negara.

Maka itulah yang sistem JPN pakai, tak kan nak nafikan pula. Noh seumpama cerita Pak Pandir katanya pemimpin pembangkang pun ada yang berkod 71.

Alih isu namanya, adakah pembangkang yang menguruskan sistem ini.



Noh tempelak pembangkang


Noh Omar menerangkan masalah pendaftaran kad pengenalan Mismah Naim pada sidang akhbar di kediaman wanita itu di Sungai Buloh, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Datuk Seri Noh Omar hari ini menempelak pihak pembangkang kerana mendakwa kod negeri 71 pada kad pengenalan pengundi adalah kod bagi rakyat berstatus penduduk tetap (PR) tetapi dibenarkan mengundi atau pengundi hantu yang sering diuar-uarkan mereka.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, beliau difahamkan, ada antara pemimpin pembangkang juga memegang kod negeri 71 pada kad MyKad mereka sama seperti yang dimiliki Mismah Naim, 47, yang menimbulkan kontroversi apabila didakwa memperoleh kerakyatan Malaysia dalam tempoh empat jam selepas mendapat status penduduk tetap.

"Kalau pemimpin pembangkang yang memegang kod negeri 71 pada MyKad mereka boleh menjadi wakil rakyat, jadi apa salahnya Mismah menjadi pengundi? Beliau telah berusaha sebanyak dua kali untuk menjadi warga Malaysia sejak 29 tahun tinggal di Malaysia.

"Justeru, saya minta pihak pembangkang untuk menyiasat berhubung perkara ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga Mismah di kediamannya di Desa Coafields, Sungai Buloh dekat sini hari ini.

Mismah telah mendapat Sijil Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Januari lalu sekali gus melayakkannya memperoleh MyKad dan menjadi pemilih.

Berdasarkan maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kod negeri 71 pada MyKad adalah bagi mereka yang dilahirkan di luar negara.

Dalam pada itu, Noh menafikan pemberian taraf warganegara terhadap penduduk tetap sebagaimana kes Mismah adalah merupakan konspirasi oleh UMNO.

Katanya, sekiranya dakwaan itu benar, suami Mismah, Mawasi Mawardi, 51, serta ibunya, Saniah Atnan, 70-an, yang masih memegang status penduduk tetap juga akan diberikan taraf kewarganegaraan.

Jelas Noh, beliau difahamkan, pembangkang mempunyai pasukan dengan sentiasa cuba mencari kesalahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membuktikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah benar.

"Namun, Barisan Nasional (BN) akan bangkit untuk terus mendedahkan setiap pembohongan pembangkang kerana kita tidak mahu lagi duduk diam.

"Oleh itu, setelah mendapat maklumat, kita akan menggerakkan jentera kita untuk membuktikan kebenaran supaya rakyat sedar akan tipu muslihat pembangkang," katanya.

Sementara itu, Noh berkata, tindakan Pas memohon Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin campur tangan dalam isu melibatkan SPR dengan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dibuat kerana pembangkang telah ketandusan isu.

No comments: