Sunday, August 14, 2011

Isu Gereja Di Serbu: UM terkial-kial mencari punca , akhirnya kaitkan PAS

Hebatnya Umno Apco dan media suruhannya UM masih menyerang PAS kerana isu PAS tidak sependirian dengannya dengan menyokong JAIS MENYERBU GEREJA. Serbuan dilakukan gara-gara terdapatnya beberapa orang Islam yang 'difahamkan' oleh JAIS bakal dimurtadkan.

Walhal dakwa pihak gereja mereka mengadakan majlis bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik. Dan upacara mengumpulkan Dana bagi membantu Tabung AIDS Negara. ( Kena tanya anak Dr M iaitu Marina).

Kelmarin Timbalan Presiden PAS Hj Mohammad Sabu dengan lantang pihak yang mendakwa supaya buktikan di mahkamah jika berlaku sungguh dan terbukti ada usaha-usaha berkenaan.

Justeru terkedu puak-puak burung belatuk dan pekaka ini buat seketika dan berusaha mengilas serta mencari-cari dalih serta strtegi baru bagi menyerang balas serangan tempelak oleh Mohd sabu itu.

UMno Apco dengan kerjasama media suruhannya, nampak macam bergembira dan bersorak suka bilamana kes Serbuan Jais ke Gereja memerangkap banyak pihak.

Namun hujan yang disangka sampai ke petang cuma setakat tengah hari sahaja. Banyak pihak menempelak sebalik isu JAIS menyerbu gereja ke mana wang zakat dihabiskan ? Apakah tanggungjawab pihak berkuasa dan Kementerian berkenaan gagal dari segi penyampian bantuan kepada golongan sasar sehingga golongan yang tercari-cari ini mengharapkan kepada siapa sahaja yang memberi harapan kepada mereka. Maka salah siapa ? Persoalan ini gagal dijawab kemas oleh pihak berwajib.

Apakah motif NGO berdemo saban hari. Adakah demo jalanan (yang tidak digemari pemerintah) boleh jadi kesukaan kepada mereka pula. Dan ke mana alasan Timbalan KPN (yang dangkal) itu demo bakal mengundang padah macam di London.

Mungkin demo NGO di Selangor ini lah yang bakal mencetuskan 'rusuhan' semacam di London agaknya.

Inilah semua permainan-permainan media dan Umno Apco terhadap rakyat. Mereka sanggup berbuat apa sahaja, asalkan matlamat akhir adalah berobjektif mempertahankan legasi tuan mereka Umno Apco.

Ramailah yang menjadi burung belatuk dan burung pekaka, di mana jarang-jarang lagi dilihat spesis ini di hutan rimba belantara negara kerana sudah dilanda kepupusan. Spesis ini ada cuma semakin berkurangan..






MAKIN banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan demonstrasi aman menyokong Jabatan Agama Islam (JAIS) berhubung kontroversi pemeriksaan terhadap sebuah gereja yang dipercayai mengadakan majlis untuk memesongkan akidah umat Islam.

Sejak isu itu tercetus, saban hari, ada sahaja kenyataan dan demonstrasi sokongan daripada umat Islam seluruh negara kepada JAIS.

Pada Awang, ia adalah isyarat yang jelas betapa umat Islam memandang serius isu-isu cubaan memesongkan akidah dan murtad, yang kian membimbangkan.

Sekali lagi ia membuktikan bahawa NGO Islam, mufti, ulama dan umat Islam bingkas bersatu apabila berdepan dengan isu-isu kritikal seperti itu. Inti pati reaksi mereka sama - wajib pertahan akidah.

Awang turut bersyukur kerana ada beberapa kerat pemimpin Pas masih berani ‘melawan arus’ - meletakkan kepentingan agama mengatasi percaturan politik.

Pendirian tegas Exco hal ehwal agama Selangor, Dr. Hassan Ali dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi yang lantang mempertahankan tindakan tegas JAIS atas nama menjaga kesucian Islam, harus dipuji.

Mereka sendiri menjadi mangsa kecaman ramai pemimpin dan ahli Pas terutama golongan pro Anwar Ibrahim atau Anwarinas, yang mengambil pendirian mirip DAP.

Dalam menghadapi tekanan Pas, Hassan Ali menyatakan beliau rela hilang jawatan daripada mengorbankan agamanya. Nasrudin pula secara terbuka menerusi blognya memohon doa daripada Allah SWT agar diberi kekuatan dalam menghadapi cabaran terutama tekanan dalaman. ‘‘Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran,’’ katanya.

Kenyataan tegas Nasrudin sebelum ini bahawa Dewan Pemuda Pas akan mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan air nyawa, sememangnya mengundang tekanan hebat.

Awang terharu dengan keberanian kedua-duanya dan semoga Allah memberikan mereka kekuatan. Begitu juga dengan seruan daripada Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mahu pemimpin Melayu bersatu, bukannya melatah, dalam menyelamatkan akidah umat Islam.

Awang angkat topi kepada beliau, yang cukup realistik dalam pendekatannya. Walau apa sekalipun pendirian politik, mereka perlu meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya.

Persoalannya bila lagi pemimpin Pas yang lain mahu bangkit daripada terus terperangkap dalam percaturan politik yang merugikan umat Islam? Ketika pemimpin DAP bersatu dalam mempertahankan agama yang mereka anuti, Pas sendiri berpecah.

Malah yang yang menyedihkan, para pemimpin utama Pas tunduk membiarkan Islam digugat hanya kerana perhitungan undi dan pilihan raya.

Seolah-olah kiblat golongan tersebut adalah DAP, junjungan besar mereka adalah Lim Kit Siang dan agama mereka adalah pluralisme. Pendekatan mereka memudaratkan Islam dan lebih bahaya berbanding pemimpin-pemimpin ajaran sesat seperti Ayah Pin.

Belum pernah dalam sejarah Pas kelihatan sebegitu keliru, gentar kepada pengaruh parti bukan Islam dan sanggup memperdagangkan agama demi politik.

Dalam isu JAIS, ternyata kerajaan campuran pembangkang di Selangor gagal menanganinya mengikut semangat perlembagaan negara.

Maka jelas, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim untuk kesekian kalinya, gagal menjaga kepentingan umat Islam. Dia hanya mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin DAP. Dayus sekali

No comments: