Sunday, August 14, 2011

Apa Yang Nak Diharapkan ? Lihat Sahaja Lah

Apabila kerajaan Kedah bawah pimpinan PAS mahu menghadkan perjalanan premis hiburan. Ramai pihak yang bangkit menentang dan jarang yang menyokong.

Hasil sokongan berbelah bagi pihak atasan premis berkenaan tetap beroperasi seperti biasa. Walaupun semua tahu bulan Ramadhan Mubarak adalah bulan 3 fasa Allah tawarkan kepada umatnya bermula dengan pengampunan, rahmat dan pembebasan azab api neraka.

Tawaran-tawaran Allah ditolak secara halus, ramai pihak termasuk media pro Umno Apco bersorak mentertawakan PAS keran gagal laksanakan apa yang mahu dilaksanakan.

Hari ini sekadar pendedahan mahu dijadikan bahan berita, dan niat tidak lebih daripada itu sekadar menjadi juru lapor sahaja.

Justeru, jangan disalahkan sesiapa salahkan diri kita sahaja lah....

Umat hanya sibuk dan bertelagah fasal kenapa Bacaan Al Quran tidak dibenarkan dikuatkan sebelum solat Subuh di Pulau Pinang. Polimek pro kontra sebegini meninggalkan kita dan hilangkan tumpuan bagi menangani kes-kes maksiat yang memudaratkan islam seperti kelakuan di bawah.

Kenapa JAIS tidak menyerbu kelab ini, sebab ada lesen, tiada laporan di buat. atau terlepas pandang atau juga ini adalah kes-kes terpencil sahaja di KL tu ?




‘Bersahur’ di ranjang

Oleh NORIAH IDRIS, MOHD AZAM SHAH YAACOB dan RAJA NORAIN HIDAYAH RAJA ABDUL AZIZ
metahad@hmetro.com.my

DIULIT... pelayan muda beri layanan istimewa kepada lelaki hidung belang.
DIULIT... pelayan muda beri layanan istimewa kepada lelaki hidung belang.

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.


Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.




No comments: