Saturday, August 20, 2011

Kenapa Sekarang Mahu Melayu Bersatu ?

Ramai para juak-juak Umno melahirkan rasa kebimbangan di kala Umno semakin melemah dan lemah. Kebimbangan itu semakin ketara kerana kelemahan Umno sudah berada di puncak dan sudah semakin nazak.

Seruan supaya Melayu bersatu bagi memperkuatkan suara Melayu semakin kuat. Ia tidak datang daripada golongan biasa tetapi para cerdik pandai yang tidak berapa memperlihatkan kercerdikan dan kepandaian mereka.

Semakin Umno kuat dan pembangkang lemah. Tiada pun yang minta supaya orang melayu yang berada dalam pembangkang dan bersama pembangkang dipelawa untuk bersatu. malah apa yang ada Melayu dalam pembangkang ditindas. Jika ia melibatkan kakitangan kerajaan ada yang disekat kenaikan pangkat, mereka ditukar kan dengan sewenang-wenang hanya dengan satu 'laporan' daripada JKKK sahaja. Ramai Melayu pembangkang yang merasai dan melalui pengalaman ini bertahun-tahun dan ada yang sampai pencen dan tidak memperolehi hak-hak keistimewaan semasa bertugas dahulu. inilah pengorbanan Melayu pembangkang.

Kini, lonjakan Umno dan kuasa Umno semakin menipis dan terhakis, sebabnya berpunca daripada gadaian janji, kecintaan mereka kepada keduniaan, kekayaan berlegar bersama Melayu bangsawan dan melayu atasan sahaja yang dekat dihati atau kroni.

Rakyat Melayu yang menyokong pembangkang dan pemimpin Melayu pembangkang sudah lama melalui fasa-fasa dipinggir terpinggir, dinafikan hak, tidak dipedulikan oleh pemimpin Melayu dan melayu yang berkuasa pada hari ini.

Justeru kembimbangan demi kebimbangan Melayu kuasa dan kepimpinan Melayu lemah dan berpecah, kenapa baru hari ini mahu sedar ?

Kesedaran tersebut sudah terlambat. Hari sudahpun senja untuk Umno, gelap masa depan mereka. Tiada jalan yang berlampu menyuluhi masa depan Umno dan pemimpin Umno. Rakyat menolak mereka dan pemimpin Melayu merdeka ini.

Usahlah dirayu dan janganlah dibimbangi, hati-hati Melayu yang ada sudah banyak dilukai oleh pemimpin-pemimpin Melayu.

Tanah di bumi Singapura yang terkahir dilenyapkan oleh pemimpin Melayu yang mahu bersatu dan takut berpecah ini. Rezab Melayu selepas merdeka menyusut daripada 3.5 juta hektar kepada 1.7 juta hektar. Kerja siapakah ini ? Kerja pemimpin Melayu yang mahu bersatu ?

Oleh itu, atas dasar apa kah seruan bersatu tersebut mahu dipegang. Cakap pemimpin Melayu, cakap mereka sudah tidak boleh dipercayai langsung. Janji pemimpin Melayu, semua janji mereka sekadar janji dan janji menipu ?

Bersatu dan Melayu bersatu. Teknokrat Melayu umpama di UM pun gagal bersatu ? Kenapa sepanjang 2009 lebih 149 tenaga akademik meletakkan jawatan di UM.

Usahlah dipandang ke belakang lagi, pandangan ke depan . Pandang dengan dua belah mata



Jangan jadi 'enau dalam belukar'

SHAH ALAM 19 Ogos - Para pemimpin politik Melayu di negara ini tidak kira sama ada dari kerajaan atau pembangkang diingatkan supaya sentiasa bersatu demi kelangsungan ekonomi dan tahap sosial bangsa itu.

Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana persaingan tidak sihat para pemimpin Melayu demi kepentingan politik masing-masing hanya akan merugikan bangsa tersebut secara keseluruhan.

"Saya takutkan kerakusan segelintir pemimpin masyarakat yang tidak amanah menjalankan tugas dan mereka menjadi penyumbang besar kepada kegawatan dan perpecahan bangsa.

"Bangsa kita dilihat telah terbahagi-bahagi, retak menunggu belah dan peluang ini sebenarnya telah diambil oleh segelintir masyarakat lain untuk menundukkan kerajaan bangsa kita yang memerintah.

"Masing-masing rakus untuk berkuasa dan menunjukkan kuasa dan kerana itulah ada di antara kita lebih bersifat individualistik umpama enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja sempena Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan UiTM di sini hari ini.

Sahol menjelaskan, masyarakat Melayu mungkin akan hilang segala-galanya pada masa depan termasuk negara sendiri jika terus berbalah sesama sendiri demi kepentingan politik kepartian yang tidak begitu signifikan.

Sebagai contoh, katanya, kegagalan Melayu untuk bersatu serta merancang telah mengakibatkan Singapura keluar dari Malaysia dan keadaan sama kini disaksikan di Pulau Pinang.

Katanya, keadaan di kedua-dua tempat itu menunjukkan Melayu kini semakin kehilangan kuasa politik dan identiti mereka kian terhakis.

"Tidak berapa lama dahulu, 90 peratus daripada penduduk Pulau Pinang adalah terdiri daripada orang Melayu, (namun kini) yang tinggal di Pulau Pinang, yang pulau itu sahaja, tidak termasuk di Seberang Perai, adalah 750,000 orang.

"Daripada 750,000 orang tersebut, hanya 249,000 sahaja orang Melayu. Kenapa begini?" soalnya.

1 comment:

otaistillkick said...

Ehmm ..... kebetulan aku pun ada di programe tersebut. Dah terpaksa ...maklumkan atas arahan jabatan. Dalam ucapan Najib tu pun ramai yang gelakkan dia. Seperti biasa ... GABEM menjadi urussetia .. pengerusi GABEM dengan kuasa yang ada mengarakan jabatan bawah dia. Betul ke peserta tu usahawan atau terpaksa hadir. Pihak UITM mengarahkan pelajar - pelajar untuk hadir. Semua kena bodoh jadinya.