Friday, August 19, 2011

Pilihanraya: Dah demo ada kuasa ikut demo ..lah

Kuasa berada di tangan kamu, pilihanraya diadakan atau mahu ditiadakan terus adalah bergantung kepada kuasa demo. Masa ini demo berkuasa buatlah ikut sekehendak demo.

Rakyat nak buat lagu mana, itu sudah disuratkan bahawa demo masa ini ada kuasa.Sila ken...


Pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila: PM
Oleh Nora Mahpar

2011/08/19

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa saja dan tidak terikat dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.

"Pilihan raya tetap akan dijalankan tanpa terikat dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen.
" Umno juga menyokong penubuhan sebagai langkah menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul sebarang syak wasangka pada masa depan.
"Tiada apa yang perlu dilindugi dalam proses pemilihan pilihanraya kerana jawatankuasa ini bukan saja dianggotai parti pemerintah malah turut disertai parti pembangkang juga," katanya dalam sidang media Mesyuarat Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , di sini, sebentar tadi.

No comments: