Sunday, August 21, 2011

Krisis Perlembagaan Kedah pulak ...

Selepas melalui pelbagai krisis dalam negara. Kini Malaysia amnya dan khasnya negeri Kedah akan melalui krisis perlembagaan negeri bilamana calon yang tidak hadir selama 6 bulan berturut-turut tanpa sebab ke Dewan Undangan Negeri Kedah. hari ini Mahkamah Rayuan mengembalikan semula kerusi itu kepada calon Bn. Walapun spekar bertindak mengikut budi dan bidangkuasa seperti peraturan yang dibuat oleh 'puak-puak dalam SPR.

Semua orang tahun fasal peraturan ini, apakah alasan penerimaan semula dan atas prinsip apakah mahkamah rayuan menerima kembali. Semua kerana politik rimba Umno yang membelaknagi dan menolak semua peraturan yang mereka buat sendiri. Undang-undang sarang lelabah memang Umno amalkan paling dahsyat sejak 30 tahun belakangan ini.

Politik keakuan, ego, angkuh dan segala sifat-sifat mazmummah dalam Umno bersarang dan terpahat teguh. Sementelahan disokong oleh para pihak judisari yang boleh dibeli dan dimasukkan ke kocek pemimpin sahaja.

Inilah antara kemusnahan tamadun manusia, bila mana kegagalan pematuhan terhadap peraturan yang mereka bikin dan cipta sendiri.







Abu Hassan bersyukur dapat semula kerusi DUN

ALOR SETAR 20 Ogos - "Ini anugerah Allah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan." Begitu kata-kata Datuk Abu Hassan Sarif mengenai perasaannya selepas Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang dikosongkan hampir dua tahun lalu dikembalikan kepada beliau.

Menurutnya, sebelum keputusan itu diumumkan oleh Mahkamah Rayuan, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan dan menyerahkan nasibnya kepada Allah.

"Tiada perkataan lain kecuali syukur apabila mendengar keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya kepada pemberita ketika tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini hari ini.

Ketibaannya disambut kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, ketua-ketua cawangan dan jawatan kuasa UMNO Bahagian Jerlun.

No comments: