Lazim dan biasalah orang yang mengerti dengan Utusan. Bagi mereka yang berfikiran positif dan memihak kepada pembangkang , laporan Utusan adalah biasa, bagi mereka yang tegar setia kepada kerajaan yang ada tanpa berbelah bahagi akan 'terkejut dan dikejutkan' dengan berita buruk ini.
Manakala bagi mereka yang mengkaji sejarah dan penuntut sejarah serta memahami sejarah sebenar negara tidak terkejut langsung dengan pemberita seumpama ini.
Utusan dan Umno tidak lehih adalah sebagai pencari simpati, memanipulasi berita serta mengekalkan sokongan adalag strategi Umno dan kerajaan yang ada.
Berita muka hadapan kelmarin yang melaporkan Timbalan Presiden PAS Hj Mohammad Sabu menidakkan para pejuang kemerdekaan negara mermerdekan negara ini mendapat kecaman hebat rakyat Utusan.
Rakyat Utusan bangun mempertahankan Utusan dan mempertahankan fakta Utusan bahawa Umno adalah segala-galanya.
Walhal semua yang pakar dengan sejarah, sejarah Umno dan kemerdekaan negara oleh Umno diwarna-warnikan dalam buku silibus sejarah negara ini, yang kini menjadi tatapan dan isi pembelajaran anak-anak pasca merdeka termasuk anak-anak kita bahawa Umnolah yang melakukan segala-galanya demi memerdekakan negara ini.
Namun, sedar tidak sedar golongan yang merintis, menebang, membuka laluan dan jalan adalah bukan daripada golongan Umno. Umno baru wujud sekitar 1950an sahaja, usianya, walhal penjajahan sudah bertapak hampir dan lebih 400 tahun di tanah Melayu.
Oleh kerana Umno lebih berorganisasi moden waktu itu, Umno adalah sebagai parti atau kumpulan yang mempunyai kelebihan berbanding dengan kumpulan atau puak-puak lain. Sementelahan Umno juga mempunyai pimpinan dan kepimpinan kumpulan bangsawan yang lebih dekat dan diterima oleh penjajahan waktu itu. Justeru itu semua perundingan dibuat oleh kumpulan ini kerana mereka lebih dominan dan menjadi orang kepercayaan penjajah berbanding dengan kumpulan atau puak-puak lain.
Utusan menidakkan peranan kumpulan lain, kemerdekaan negara bukan diusahakan oleh Umno sahaja. pembetulan fakta ini, menyebabkan Hj Mohd Sabu dikecam. Malah kecaman itu disambut oleh mereka yang tidak tahu dan faham fakta sebenar.
2 comments:
Ayat bunga bunga jer, mana fakta?
Pengkianat sejarah! Semua digadai demi undi & putrajaya. Manusia DAYUS.
Post a Comment