Apabila Puduraya menjadi Pudu Sentral. Nama tidak membawa apa-apa makna, tetapi daripada namalah kita mengenal sesiapa dan sesuatu.
PM mungkin bukan seorang ahli bahasa, ia adalah seorang ahli perniagaan, perniagaan politik dan bermacama-macam perniagaan. Baginya nama tidak ada apa-apa.
Macamlah dunia artis, mereka menukar-nukar nama mereka yang manis dan cantik kepada nama-nama komersial sesuai dengan hidup dan kehidupan diibu kota.
Puduraya adalah sinonim dengan masyarakat negara ini. ia memalitkan sejarah negara terulung dengan tersedia pusat sistem pengangkutan awam negara di ibukota. Semua mengetahuinya tentang sejarah dan kisah Puduraya.
Kini, selepas dunia maju Puduraya gagal menampung dan permintaan pasaran pengunjung awam kerana faktor masa, situasi, masyarakat dan zaman yang sudah berubah.
Kini denyut nadi kotaraya menuntut perubahan juag kepada Puduraya. Maka dibangunlah Puduraya menjadi Pudu Sentral.
Apa yang terkilan bagi kita, kerajaan memang tidak mengindahkan bahasa dan kebahasaan pemakaian bahsa dan penggangungan bahasa itu sendiri.
Justeru pemimpin yang tidak berhati-hati membelasahkan sahaja pemakaian bahasa. maka jadilah bahasa kita bahasa Melayu sebagai bahasa cacamarba.
Pudu Sentral adalah satu lagi bentuk perogolan bahasa. Umpamalah juga Presint2 yang banyak terdapat di Putrajaya /
Bahasa oh bahasa ku
No comments:
Post a Comment