Saturday, August 13, 2011

Kak Jat Mula dolak dalik , dulu suruh orang ke JKM ambil bantuan ..?


Dalam perangkap ada yang terperangkap, bermula serbuan JAIS ke sebuah gereja di Damansara. Ada laporang mengatakan gereja berkenaan ada cubaan untuk memurtadkan seramai 15 orang Islam.

Maka gegaklah seluruh negara, sementelahan jadi panas bilamana exco agama bagi kerajaan Selangor Dato Dr Hassan Ali bertindak mempertahankan tindakan JAIS dan kemudian mencabar mana-mana orang yang tidak bersetuju dengannya ia sanggup dipecat. Pecatnya tergantung samada jawatan exco atau daripada PAS ?

PAS Pusat bersidang dengan mengambil keputusan ingin berjumpa dan bersemuka dengan pihak geraja dalam masa terdekat. Pihak gereja yang tiada apa-apa agenda itu telah mendahului memberikan tarikh perjumpaan seperti mana tarikh yang PAS Pusat putuskan. Manakala JAIS atas nasihat Sultan Selangor enggan menerima kunjungan pihak PAS.

Dalam kekalutan semua pihak itu, Shahrizat Jalil menawarkan jalan penyelesian terbaik. Meminta mana-mana individu ibu tunggal dan sebagainya yang memerlukan bantuan segera JKM. Ini kerana kementerian yang diterajui olehnya menyediakan dana RM1.2 billion setahun bagi peruntukan wang kebajikan . Ya ke...

Setahu penulis ada beberapa katogeri peruntukan bantuan oleh JKM. Tidak semua yang datang diberikan wang tunai semerta. Mereka kena melalui 'prosedur agihan bantuan'.

Hari ini dengan nada berlainan, Kak Jat menyatakan jangan salahkan kerajaan jika bantuan tidak diterima. Salahkan juga kata Kak Jat suami-suami yang lari meninggalkan isteri ibu-ibu tunggal itu.

Marahnya kak jat kepada suami-suami yang tidak bertanggungjawab. Entahlah bagi penulis nak salahkan ibu tunggal ke mahu salahkan sang suami yang tidak bertanggungjawab.

Nak salahkan suami sahaja tidak cukup kak Jat, kalau kerja bawah paras kemiskinan depa kerajaan bagi gaji tak naik-naik. Dan lagi pula si isteri kuat sangat psaiko sang suami. Mana ada suami yang dapat bertahan. Godaan ibu kota kuat kak Jat.

Kalau suami kaki masjid dan kuat agama, tiada pusat-pusat maksiat tempat lara dan lalai. Sapa yang buak kak Jat. Ibu dan punca perceraian kak Jat sama-sama pikiqi la..


Jangan Salahkan Kerajaan Jika Bantuan Tidak Diterima - Shahrizat

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu mempersalahkan kerajaan semata-mata sekiranya bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan terbabit.

Beliau berkata kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1.26 bilion bagi membantu kira-kira setengah juta golongan sasar sepanjang tahun ini.

"Jangan salahkan kerajaan...selain kementerian menerusi JKM, terdapat juga banyak agensi lain yang terlibat, mana suami-suami (kepada ibu-ibu tunggal) yang mempunyai keluarga juga mestibertanggungjawab, walaupun sudah bercerai atau berpisah," katanya.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai kementerian bertanggungjawb memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang tetapi ia tidak dapat dinikmati seorang ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapatkan makanan.

Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata kementerian sentiasa menemui kumpulan sasar dan menghulurkan bantuan pada setiap bulan agar mereka tidak bersikap menuding jari kepada kerajaan yang prihatin kepada nasib mereka. Beliau juga kesal dengan tindakan segelintir suami yang mengamalkan budaya "lepas tangan" kepada pihak lain dalam soal memberikan nafkah kepada isteri yang ditinggalkan atau diceraikan.

"Mana bekas suami, ahli-ahli keluarga, anak-anak tidak membantu dan bersikap lepas tangan. Kalau mereka lepas tangan kepada orang lain, ia mengundang bahaya terutama ibu bapa yang tiada persaraan hidup harus dibantu...hentikan andaian (salahkan kerajaan)," katanya.

Beliau turut berpesan agar anak-anak tidak mengabaikan tanggungjawab dan mengambil tahu kebajikan terhadap ibu-bapa mereka yang telah uzur terutama pada musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Terdahulu, Shahrizat menyampaikan sumbangan Aidilfitri berupa barangan keperluan, juadah berbuka puasa dan duit raya kepada 325 penduduk daripada golongan kurang berkemampuan seperti ibu tunggal dan warga emas bagi kawasan Parlimen Kepong di Taman Kepong Tambahan, Bandar Manjalara di sini.-BERNAMA

No comments: